Terjemahan ideogram tumbuh-tumbuhan dalam antologi puisi ‘Ayn ke bahasa Arab

Karya sastera puisi dapat diperluas hingga ke peringkat antarabangsa dengan menterjemahkannya ke dalam bahasa asing. Walaupun cara ini memberi impak besar kepada Malaysia, tetapi kajiannya masih pada tahap yang rendah. Malah genre puisi paling sukar untuk diterjemahkan. Hal ini disebabkan puisi i...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ijlal Saja @ Mearaj, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Maheram Ahmad, Nurshaza Farah Md Sharif
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16229/
http://journalarticle.ukm.my/16229/1/44996-144854-1-SM.pdf
Description
Summary:Karya sastera puisi dapat diperluas hingga ke peringkat antarabangsa dengan menterjemahkannya ke dalam bahasa asing. Walaupun cara ini memberi impak besar kepada Malaysia, tetapi kajiannya masih pada tahap yang rendah. Malah genre puisi paling sukar untuk diterjemahkan. Hal ini disebabkan puisi itu sendiri sarat dengan bahasa kiasan dan sangat berkait rapat dengan penggunaan ideogram. Oleh itu kajian ini bertujuan menginterpretasikan maknasebenar ideogram tumbuh-tumbuhan dalam antologi puisi ‘Ayn karya Kemala. Selain itu, untuk menganalisis kaedah penterjemahan ideogram tumbuh-tumbuhan ke bahasa Arab dalam puisi tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan analisis kandungan. Pemilihan sampel ideogram dalam puisi ‘Ayn menggunakan kaedah pensampelan bertujuan Bagi interpretasikan makna sebenar ideogram tumbuh-tumbuhan, teori relevan digunakan. Manakala gabungan penterjemahan ideogram dalam puisi pula digunakan bagi menganalisis kaedah penterjemahan ideogram. Hasil kajian menunjukkan bahawa terjemahan dilakukan secara lebih mudah dan senang difahami oleh pembaca sasaran dan penggunaan teknik penterjemahan ideogram didapati sesuai tanpa mengubah makna sebenar. Cadangan kajian akan datang agar dilihat daripada aspek analisis pemindahan bentuk puisi daripada bahasa Melayu kepada bahasa Arab.