Konsep al-Tauhid al-Suhudi dalam tafsir al-Jilani
Kitab tafsir karangan Shaykh c Abd al-Qadir al-Jilani yang berjudul al-Fawatih al-Ilahiyat wa al-Mafatih alGhaibiyat al-Muwaddihat lil al-Kalim al-Qur’aniyah wal al-Hikam al-Furqaniyah atau Tafsir al-Jilani telah menggunakan kefahaman tauhid dan tasawuf sebagai metodologi asas dalam pentafsiran ay...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16214/ http://journalarticle.ukm.my/16214/1/44613-143603-1-PB.pdf |
| Summary: | Kitab tafsir karangan Shaykh c
Abd al-Qadir al-Jilani yang berjudul al-Fawatih al-Ilahiyat wa al-Mafatih alGhaibiyat al-Muwaddihat lil al-Kalim al-Qur’aniyah wal al-Hikam al-Furqaniyah atau Tafsir al-Jilani telah
menggunakan kefahaman tauhid dan tasawuf sebagai metodologi asas dalam pentafsiran ayat-ayat al-Quran. Objektif
kajian adalah untuk melihat aplikasi teori Tauhid menurut pandangan ahli tasawuf yang dikenali sebagai al-Tauhid alShuhudi dalam kitab tafsir tersebut. Teori al-Tauhid al-Shuhudi ini dibahagikan kepada empat kefahaman kehampiran
seseorang menuju alam ketuhanan iaitu pertama, Tauhid al-Afc
al, kedua, Tauhid al-Asma, ketiga, Tauhid al-Sifat dan
keempat, Tauhid al-Dhat. Al-Tauhid al-Shuhudi ini adalah lebih tinggi dari al-Tauhid al-Istidlali (teori Tauhid yang
hanya berpegang pada dalil tanpa pengalaman bertauhid) kerana pada peringkat ini keyakinan secara teori (c
Ilm alYakin) telah bertukar kepada keyakinan secara amali (Mushahadah) iaitu c
Ain al-Yakin dan Haq al-Yakin. Keyakinan
sedemikian telah dibuktikan dengan penglihatan matahati (basirah) dan Mushahadah. Tauhid jenis ini juga disebutkan
sebagai gabungan disiplin ilmu tauhid dan tasawuf iaitu mengaplikasikan teori tauhid dalam perjalanan tasawuf
yang dijadikan asas dalam kitab Tafsir al-Jilani. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif berasaskan kajian
kepustakaan . Karya utama al-Jilani telah dianalisa sehingga diperolehi penggunakan al-Tauhid al-Shuhudi sebagai
kaedah bagi menjelaskan hubungan tauhid dengan isi al-Quran al-Karim. Hasil kajian ini menjelaskan applikasi alTauhid al-Shuhudi dalam pentafsiran ayat-ayat al Qur’an untuk mencari makna yang tersirat yang dihurai secara
falsafah Tauhid yang terzahir pada jiwa manusia melalui Ahwal dan Maqamat. Dari hal tersebut, lahirlah kesedaran
bertuhan yang menjadi teras dalam kehidupan, asas kewujudan dan kejelasan dalam tujuan penciptaan manusia
melalui kefahaman penafsiran al-Qur’an secara Ishari. |
|---|