Padi dalam peribahasa Melayu: analisis semantik inkuisitif
Peribahasa dihasilkan melalui ilham yang tercetus akibat pengamatan dan tafsiran masyarakat silam terhadap alam persekitaran yang memperlihatkan ciri-ciri yang bertepatan dengan sifat manusia. Alam persekitaran dan keadaan sekeliling merupakan sumber inspirasi dan dijadikan simbol dalam sesuatu pe...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16204/ http://journalarticle.ukm.my/16204/1/jatma-2021-0901-06.pdf |
| Summary: | Peribahasa dihasilkan melalui ilham yang tercetus akibat pengamatan dan tafsiran masyarakat silam terhadap alam
persekitaran yang memperlihatkan ciri-ciri yang bertepatan dengan sifat manusia. Alam persekitaran dan keadaan
sekeliling merupakan sumber inspirasi dan dijadikan simbol dalam sesuatu peribahasa. Penggunaan peribahasa
berkaitan resam padi yang lazimnya menjadi ikutan masyarakat Melayu melalui sifatnya yang menunduk, memberikan
ilham kepada pengkaji untuk meneroka akal budi yang tersembunyi di sebalik penciptaan peribahasa ini. Sehubungan
itu, tulisan ini bukan sahaja ingin melihat hubungan antara bahasa dan pemikiran, tetapi sebaliknya cuba mencungkil
akal budi Melayu menerusi resam padi yang ditonjolkan dalam peribahasa Melayu dengan menggunakan pendekatan
Semantik Inkuisitif. Justeru itu, data peribahasa yang berkaitan diambil daripada pangkalan data www.malaycivilization.
com dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (1989). Analisis rangka rujuk silang dilakukan terhadap deria rasa
yang terdapat dalam kiasan Melayu berdasarkan data korpus yang wujud. Gabungan RRS dengan maklumat budaya
mendalam mampu menghasilkan penghuraian makna kiasan Melayu sehingga ke akal budi penuturnya. Hasil kajian
mendapati resam padi yang menunduk telah dikonsepsikan sebagai sifat rendah diri. Tingkah laku positif dan negatif
ditonjolkan menerusi perbandingan padi dan lalang dalam peribahasa. Kesimpulannya, peribahasa yang dicipta oleh
masyarakat Melayu dahulu bukanlah sekadar ungkapan kosong yang menarik, tetapi sebaliknya tersembunyi pelbagai
ilmu dan falsafah yang tinggi seandainya kita amatinya dengan teliti. |
|---|