Perbezaan jantina dan pengalaman mengajar guru bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina terhadap pengajaran pendidikan keselamatan jalan raya
Kajian ini dijalankan untuk melihat kesediaan guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) daerah Batu Pahat terhadap pengajaran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR). Secara khusus, kajian ini bertujuan melihat perbezaan antara tahap kesediaan guru Bahasa Melayu dalam pengaja...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16198/ http://journalarticle.ukm.my/16198/1/242-466-1-SM.pdf |
| Summary: | Kajian ini dijalankan untuk melihat kesediaan guru-guru Bahasa
Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) daerah Batu Pahat terhadap
pengajaran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR). Secara khusus,
kajian ini bertujuan melihat perbezaan antara tahap kesediaan guru Bahasa
Melayu dalam pengajaran PKJR dengan jantina dan pengalaman mengajar
guru. Kesediaan guru diukur daripada tiga konstruk kajian, iaitu
pengetahuan, kemahiran dan sikap guru Bahasa Melayu (SJKC) tersebut.
Seramai 203 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di 36 buah SJKC di
daerah Batu Pahat dijadikan responden kajian. Soal selidik digunakan
sebagai alat pengumpulan data. Data dianalisis menggunakan statistik
inferensi (ujian ANOVA) bagi melihat hubungan dan perbezaan pemboleh
ubah kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan antara tahap kesediaan guru dalam pengajaran PKJR terhadap
aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dengan pengalaman mengajar,
tetapi tidak dari aspek jantina guru. Implikasi kajian ialah tahap pengalaman
mengajar penting dalam menyampaikan ilmu PKJR supaya murid-murid
boleh menggunakan pengetahuan, kemahiran dan sikap positif ketika
menggunakan jalan raya. Dengan cara ini, matlamat PKJR akan tercapai
apabila rakyat Malaysia berhemah semasa menggunakan jalan raya. |
|---|