Tahap pengetahun dan sikap guru bahasa Melayu daerah Sibu dalam mengaplikasikan kemahiran abad ke-21

Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan sikap guru Bahasa Melayu mengaplikasikankemahiran abad ke-21 dalam pengajaran. Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 telah diperkenalkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sejajar dengan perkem...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Sofiana Hassan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/16197/
http://journalarticle.ukm.my/16197/1/241-464-1-SM.pdf
Description
Summary:Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan sikap guru Bahasa Melayu mengaplikasikankemahiran abad ke-21 dalam pengajaran. Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 telah diperkenalkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sejajar dengan perkembangan pendidikan dalam abad ke-21. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 210 orang guru Bahasa Melayu di daerah Sibu, Sarawak telah menjawab soal selidik tersebut. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif, iaitu min dan sisihan piawai untuk melihat tahap pengetahuan dan sikap terhadap kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan sikap dalam mengalikasikan kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran guru Bahasa Melayu berada pada tahap tinggi. Implikasi kajian ini ialah guru-guru Bahasa Melayu daerah Sibu mempunyai kesediaan yang tinggi untuk mengaplikasikan kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran.