Pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza dalam kalangan guru bahasa Melayu yang mengajar di sekolah rendah pedalaman kategori 3
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah rendah pedalaman kategori di daerah Beluran, Sabah. Persepsi guru dilihat dari tiga aspek, iaitu pengetahuan, penerimaan dan amalan guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza yang...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16194/ http://journalarticle.ukm.my/16194/1/234-449-1-SM.pdf |
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi guru Bahasa Melayu
yang mengajar di sekolah rendah pedalaman kategori di daerah Beluran,
Sabah. Persepsi guru dilihat dari tiga aspek, iaitu pengetahuan, penerimaan
dan amalan guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan pendekatan pengajaran
terbeza yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada
tahun 2019. Seramai 36 guru Bahasa Melayu dipilih sebagai responden
kajian. Soal selidik digunakan sebagai alat pengumpulan data. Data dianalisis
secara deskriptif dengan mencari kekerapan, peratusan, min dan sisihan
piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu yang
mengajar di sekolah pedalaman kategori 3 kurang pengetahuan pendekatan
pengajaran terbeza, tetapi penerimaan terhadap pendekatan pengajaran terbeza
adalah tinggi. Kurang Bahasa Melayu juga menunjukkan minat mendalam
untuk mengamalkan pendekatan pengajaran terbeza dalam pengajaran mereka.
Kesimpulannya, pihak KPM perlu memberi pendedahan meluas melalui
kursus, bengkel dan sebagainya supaya pengetahuan pedagogi pengajaran
terbeza dapat dikuasai oleh guru Bahasa Melayu dan mengaplikasinya dalam
pengajaran mereka di dalam bilik darjah. |
|---|