Perbezaan tahap pengetahuan, penggunaan, dan penerimaan guru bahasa Melayu berdasarkan faktor umur dan pengalaman mengajar ketika mengaplikasikan persekitaran pembelajaran maya
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan, penggunaan dan penerimaan guru Bahasa Melayu sekolah menengah kebangsaan (SMK) di daerah Kuala Terengganu. Ketiga-tiga faktor ini diukur berdasarkan faktor umur dan pengalaman mengajar ketika mengaplikasikan persekitaran pemb...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16193/ http://journalarticle.ukm.my/16193/1/233-447-1-SM.pdf |
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap
pengetahuan, penggunaan dan penerimaan guru Bahasa Melayu sekolah
menengah kebangsaan (SMK) di daerah Kuala Terengganu. Ketiga-tiga faktor
ini diukur berdasarkan faktor umur dan pengalaman mengajar ketika
mengaplikasikan persekitaran pembelajaran maya dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Kajian tinjauan menggunakan soal selidik telah dijalankan
terhadap 147 orang guru Bahasa Melayu di 16 buah SMK di daerah Kuala
Terengganu. Analisis statistik inferensi, iaitu ANOVA dan korelasi Pearson
digunakan untuk melihat hubungan antara konstruk yang dikaji. Hasil dapatan
ANOVA menunjukkan bahawa guru yang berumur antara 25 hingga 35 tahun
mempunyai tahap pengetahuan, penggunaan dan penerimaan yang tinggi dalam
mengaplikasikan persekitaran pembelajaran maya dalam PdP. Sebaliknya guru
Bahasa Melayu yang berumur dan mempunyai pengalaman mengajar mengajar
kurang mengaplikasikan perserkitaran pembelajaran maya di dalam kelas Bahasa
Melayu. Mereka juga kurang pengetahuan tentang persekitaran pembelajaran
maya dan lebih suka mengajar secara konvensional. Kesimpulannya, masih
terdapat perbezaan umur dan pengalaman mengajar dalam mengaplikasikan
persekitaran pembelajaran maya dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Jurang
pengetahuan, penggunaan dan penerimaan pelbagai aplikasi TMK ini perlu
diatasi agar pelaksanaannya di dalam kelas dilaksanakan oleh semua guru tanpa
dibatasi faktor umur dan pengalaman mengajar. |
|---|