Strategi komunikasi penjenayah cinta siber terhadap wanita profesional
Ancaman jenayah Penipuan Pencintaan (Love Scam) merupakan jenayah siber atau komersil yang mensasarkan wanita terutamanya wanita profesional hingga mengakibatkan kerugian berjuta ringgit kepada mangsa dan negara. Kajian ini meneroka faktor keterlibatan mangsa dan strategi komunikasi yang digunaka...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16095/ http://journalarticle.ukm.my/16095/1/40506-138303-1-PB.pdf |
| Summary: | Ancaman jenayah Penipuan Pencintaan (Love Scam) merupakan jenayah siber atau komersil yang
mensasarkan wanita terutamanya wanita profesional hingga mengakibatkan kerugian berjuta ringgit
kepada mangsa dan negara. Kajian ini meneroka faktor keterlibatan mangsa dan strategi komunikasi yang
digunakan oleh scammer dalam proses penipuan. Kajian dijalankan secara temu bual mendalam ke atas
pihak polis dan pekerja sosial dalam menangani isu Love Scam. Kajian ini dijalankan di sebuah Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPPD) di Selangor. Seramai lima responden iaitu mangsa Love Scam telah ditemuduga
dengan bantuan anggota polis dari IPPD yang mengendalikan kes jenayah komersil ini. Data dianalisis
menggunakan kaedah tematik. Hasil kajian mendapati mangsa terjebak dengan Love Scam dalam laman
sosial disebabkan beberapa faktor iaitu layanan baik daripada pelaku, sosialisasi, capaian internet yang
mudah dan tekanan dalam diri mangsa. Strategi komunikasi yang sering digunakan pelaku untuk
memerangkap mangsa adalah melalui penipuan profil, janji manis palsu, penghantaran bungkusan dan
menyamar sebagai wakil agensi percukaian. Perkhidmatan sedia ada pihak polis hanya mengambil laporan
bertulis daripada mangsa yang sedang trauma. Kebarangkalian penggunaan sihir dan pukau dalam talian
menyukarkan mangsa untuk melindungi diri daripada ditipu. Dicadangkan kajian masa depan meneroka
hubungan pukau, hipnosis, sihir yang diaplikasikan melalui ancaman kejuruteraan sosial (social
engineering attack). Kajian ini mencadangkan bahawa pihak polis perlu bekerjasama dengan pekerja sosial
dalam menyediakan perkhidmatan intervensi krisis, konsultasi membantu trauma mangsa dan
menyediakan perkhidmatan psikososial bagi memberi kesedaran dan advokasi dalam menangani isu Love
Scam. |
|---|