Faktor – faktor yang mempengaruhi komunikasi interpersonal dalam kalangan mahasiswa kerja sosial di universiti awam di Malaysia
Kemahiran komunikasi interpersonal merupakan aspek penting dalam kalangan mahasiswa kerja sosial yang bakal menempuh alam pekerjaan sebagai pekerja sosial yang profesional. Mahasiswa kerja sosial tahun akhir perlu memiliki kemahiran komunikasi interpersonal yang baik kerana mereka bakal berhadapa...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16041/ http://journalarticle.ukm.my/16041/1/33608-129730-1-PB.pdf |
| Summary: | Kemahiran komunikasi interpersonal merupakan aspek penting dalam kalangan mahasiswa kerja
sosial yang bakal menempuh alam pekerjaan sebagai pekerja sosial yang profesional. Mahasiswa kerja
sosial tahun akhir perlu memiliki kemahiran komunikasi interpersonal yang baik kerana mereka bakal
berhadapan dengan klien daripada pelbagai latar belakang apabila mereka menjadi seorang pekerja
sosial kelak. Kemahiran komunikasi yang baik akan menjadikan mahasiswa kerja sosial mampu untuk
berkomunikasi dengan baik apabila berada di lapangan kelak. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk
mengukur tahap, hubungan dan pengaruh faktor komunikasi interpersonal dalam kalangan
mahasiswa kerja sosial di universiti awam di Malaysia. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka
bentuk kuantitatif secara tinjauan keratan-lintang (cross-sectional survey). Seramai 215 mahasiswa
tahun akhir program kerja sosial di enam buah universiti awam yang menawarkan program kerja sosial
dipilih sebagai responden kajian. Analisis kajian menunjukkan bahawa mahasiswa kerja sosial di
universiti awam menunjukkan tahap komunikasi interpersonal pada tahap sederhana ke tahap yang
tinggi. Selain itu, pemboleh ubah pemikiran kreatif, tingkah laku beretika dan penyelesaian masalah
merupakan faktor peramal utama yang mempengaruhi komunikasi interpersonal dalam kalangan
mahasiswa kerja sosial tahun akhir di universiti awam. Hasil kajian dilihat memberi implikasi positif
kepada pihak pengurusan universiti khasnya pengurusan di peringkat program kerja sosial untuk
menambahbaik program bagi membantu meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal dalam
kalangan mahasiswa kerja sosial di universiti awam. |
|---|