Perbandingan hasil tomato (Lycopersicon esculentum Mill. cv MT1) menggunakan kompos tandan buah kosong (EFB) dan kompos najis lembu sebagai medium penanaman
Kajian dalam rumah kaca telah dijalankan untuk mengkaji kesan pestisid, kompos dan baja terhadap hasil tomato (Lycopersicon esculentum Mill. cv MT1) bermula dari April sehingga Disember 2015. Reka bentuk uji kaji yang digunakan semasa penanaman pokok tomato adalah ‘split-split plot’. Faktor yang d...
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/16004/ http://journalarticle.ukm.my/16004/1/13.pdf |
| Summary: | Kajian dalam rumah kaca telah dijalankan untuk mengkaji kesan pestisid, kompos dan baja terhadap hasil tomato
(Lycopersicon esculentum Mill. cv MT1) bermula dari April sehingga Disember 2015. Reka bentuk uji kaji yang
digunakan semasa penanaman pokok tomato adalah ‘split-split plot’. Faktor yang diambil kira terbahagi kepada
tiga peringkat dengan faktor utama merupakan kesan pestisid, faktor peringkat dua ialah rawatan baja dan
faktor peringkat tiga ialah jenis kompos. Sejumlah enam belas (n=16) rawatan telah diberikan iaitu T1 sehingga
T16. Keputusan kajian menunjukkan ketinggian pokok tertinggi bagi setiap bulan adalah daripada perlakuan yang
berbeza manakala dari segi berat, didapati T10 menghasilkan berat daun paling tinggi (200.0 g), T6 menunjukkan
berat batang yang paling tinggi (261.3 g) dan T3 menunjukkan berat akar yang paling tinggi (91.0 g). Perlakuan T12
(73.0 cm) menunjukkan nilai paling tinggi bagi panjang akar manakala saiz daun yang paling besar ditunjukkan oleh
T11 (48.0 cm2
). T15 menunjukkan berat buah yang tertinggi (560.3 g) dan bilangan buah bagi setiap pokok (32 buah)
secara signifikan (p<0.05) tetapi tidak signifikan (p>0.05) dalam diameter buah (30.47 mm). Walau bagaimanapun,
T12 menunjukkan nilai yang tidak signifikan (p>0.05) bagi berat buah (532.5 g) dan bilangan buah (17 buah) tetapi
signifikan (p<0.05) bagi diameter buah (39.61 mm). Oleh itu, dalam kajian ini menunjukkan rawatan T15 (pestisid
organik, kompos najis lembu sebagai medium penanaman dan baja kimia dan organik) menghasilkan jumlah berat dan
bilangan yang signifikan (p<0.05) dalam buah tomato. |
|---|