Latihan industri program kerja sosial UKM: peranan perantis SLDN dalam penjagaan warga emas
Latihan industri Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) adalah satu program latihan yang diikuti oleh pelajar kerja sosial UKM dalam bidang penjagaan warga emas di pusat latihan dan syarikat dalam tempoh masa yang ditetapkan bagi memperoleh pengalaman sebenar dengan mempraktikkan pengetahuan dan teor...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Pusat Pengurusan & Pembangunan Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15988/ http://journalarticle.ukm.my/15988/1/Artikel-9_Khadijah_final.pdf |
| Summary: | Latihan industri Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) adalah satu program latihan yang diikuti oleh pelajar
kerja sosial UKM dalam bidang penjagaan warga emas di pusat latihan dan syarikat dalam tempoh masa yang
ditetapkan bagi memperoleh pengalaman sebenar dengan mempraktikkan pengetahuan dan teori kerja sosial yang
dipelajari di Universiti. Kajian ini bertujuan untuk meneroka transformasi pengetahuan, teori dan etika kerja
sosial dalam praktis kerja sosial gerontologi melalui latihan industri di pusat jagaan warga emas. Lokasi kajian
yang dipilih ialah Rumah Ehsan Kuala Kubu Bahru. Persampelan kajian merupakan sembilan (9) orang responden
bersetuju untuk ditemubual daripada 14 orang perantis yang telah melaksanakan program SLDN pada tahun 2017.
Data dikumpulkan melalui temubual mendalam yang telah dianalisis secara tematik untuk menjawab persoalan
kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa pengalaman kemahiran menolong dengan mengaplikasikan tiga atribut
iaitu (i) kebolehan menyelesaikan masalah bagi menampilkan profesionalisme dalam praktikum penjagaan warga
emas, (ii) bersifat empati dengan klien dan (iii) intergriti dalam menjalankan tugas yang penuh dengan cabaran di
mana ketiga-tiga atribut ini dapat melahirkan pekerja sosial yang profesional dalam mensejahterakan warga emas
di institusi. |
|---|