Pengetahuan mahasiswa tentang perundangan dalam keganasan rumah tangga
Keluarga merupakan institusi penting dalam masyarakat. Keluarga berperanan dalam membentuk peribadi anakanak bermula dari zaman kanak-kanak. Namun begitu, kepincangan institusi kekeluargaan dalam kalangan masyarakat semakin meruncing dan salah satu puncanya adalah disebabkan oleh keganasan rumah ta...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Pusat Pengurusan & Pembangunan Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15983/ http://journalarticle.ukm.my/15983/1/Artikel-5_NurSaadah_final.pdf |
| Summary: | Keluarga merupakan institusi penting dalam masyarakat. Keluarga berperanan dalam membentuk peribadi anakanak bermula dari zaman kanak-kanak. Namun begitu, kepincangan institusi kekeluargaan dalam kalangan
masyarakat semakin meruncing dan salah satu puncanya adalah disebabkan oleh keganasan rumah tangga.
Keganasan rumah tangga meningkat saban tahun kerana kurangnya pendedahan masyarakat terhadap hak yang
boleh di perjuangkan jika seseorang itu mengalami keganasan rumah tangga. Kajian ini mengkaji pemahaman
mahasiswa tentang keganasan rumah tangga dan meneroka pengetahuan mahasiswa tentang peranan perundangan
dalam keganasan rumah tangga. Dalam kajian ini, pengkaji memilih untuk menggunakan reka bentuk kajian
kualitatif dan memilih lima orang informan dalam kalangan mahasiswa Fakulti Undang-Undang, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai sumber pengetahuan tentang perundangan
dalam keganasan rumah tangga, antaranya ialah melalui pembelajaran dan pembacaan. Mahasiswa juga tahu
tentang peranan Akta Keganasan Rumah Tangga, kesan yang berlaku apabila terjadinya keganasan rumah tangga
dan tindakan yang boleh diambil oleh mangsa keganasan rumah tangga. Sebagai masyarakat kita perlu berperanan
menyebarkan kesedaran dan kefahaman dalam kalangan ahli masyarakat lain untuk bersama-sama menangani kes
keganasan rumah tangga. |
|---|