Peranan putera raja dalam tadbir urus Mughal: tumpuan terhadap Awrangzib
Awrangzib atau Aurangzeb diiktiraf antara pemerintah terbaik Kerajaan Mughal pada era The Age of Great Mughals. Usaha yang dilakukan oleh beliau bagi menjamin kestabilan Kerajaan Mughal disifatkan sebagai indikator utama yang meletakkan Awrangzib setaraf dengan Akbar The Great. Namun, peranan be...
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15963/ http://journalarticle.ukm.my/15963/1/423-Article%20Text-1509-1-10-20201207.pdf |
| Summary: | Awrangzib atau Aurangzeb diiktiraf antara pemerintah terbaik Kerajaan
Mughal pada era The Age of Great Mughals. Usaha yang dilakukan oleh
beliau bagi menjamin kestabilan Kerajaan Mughal disifatkan sebagai
indikator utama yang meletakkan Awrangzib setaraf dengan Akbar The
Great. Namun, peranan beliau dalam tadbir urus Kerajaan Mughal tidak
bermula ketika menjadi maharaja bahkan telah bermula lebih awal,
khususnya sewaktu menjadi putera raja. Artikel ini meneliti peranan putera
raja sebagai suatu intitusi dalam tadbir urus Mughal dengan memberi
tumpuan terhadap peranan Awrangzib sebagai putera raja, khususnya
semasa zaman pemerintahan bapanya, Shah Jahan. Kajian ini merupakan
kajian kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian sejarah dan
analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan Awrangzib telah
memainkan peranan penting sebagai ketua tentera dan gabenor sewaktu
menjadi putera raja Mughal. Peranan yang digerakkan oleh beliau ini telah
memastikan kestabilan Kerajaan Mughal meskipun terpaksa menghadapi
pelbagai cabaran. Pengalaman beliau dalam tadbir urus Mughal semasa
menjadi putera raja akhirnya banyak mempengaruhi dasar pemerintahan
Mughal setelah beliau menerajui tampuk pemerintahan pada tahun 1657M. |
|---|