Fungsi rundingcara bagi mengukuhkan hubungan pasangan bermasalah dalam perkahwinan
Masalah hubungan yang timbul dalam perkahwinan boleh menjadikan pasangan lebih mengenali antara satu sama lain. Ia juga boleh menjadikan pasangan mengakhiri perkahwinan dengan perceraian. Terdapat pelbagai masalah hubungan dalam perkahwinan yang menyumbang kepada peningkatan kadar perceraian. Pe...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15961/ http://journalarticle.ukm.my/15961/1/415-Article%20Text-1507-1-10-20201207.pdf |
| Summary: | Masalah hubungan yang timbul dalam perkahwinan boleh menjadikan pasangan
lebih mengenali antara satu sama lain. Ia juga boleh menjadikan pasangan
mengakhiri perkahwinan dengan perceraian. Terdapat pelbagai masalah hubungan
dalam perkahwinan yang menyumbang kepada peningkatan kadar perceraian.
Perceraian adalah satu solusi segera yang boleh menamatkan masalah hubungan
pasangan dalam perkahwinan. Bagaimanapun, ia tidak dapat memutuskan
hubungan keluarga mertua dan anak-anak. Pada asasnya, hampir kesemua
pasangan yang berkahwin ingin menjaga hubungan mereka agar kuat dan sihat.
Sehubungan itu, Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri di Malaysia menubuhkan
Unit Rundingcara Keluarga sebagai satu saluran yang dapat membantu pasangan
bermasalah dalam perkahwinan. Tujuan makalah ini adalah untuk menganalisis
fungsi rundingcara dalam mengukuhkan hubungan pasangan bermasalah dalam
perkahwinan. Reka bentuk kajian ini adalah penyelidikan deskriptif. Data
dikumpul melalui analisis dokumen iaitu Laman Web Rasmi Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan dan laporan penyelidikan berkaitan rundingcara dalam
perkahwinan. Data dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian
menunjukkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mempunyai 14 fungsi.
Daripada 14 fungsi tersebut, lima adalah untuk fungsi rundingcara dan sembilan
untuk fungsi program pembangunan keluarga. Secara keseluruhannya, fungsi
rundingcara di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan adalah suatu intervensi
masalah suami dan isteri dalam perkahwinan, khususnya bagi mengukuhkan
hubungan dalam perkahwinan dan mengelak perceraian. Kesemua 14 fungsi
rundingcara ini memberi impak terhadap pembangunan institusi keluarga
terutamanya bagi mengukuh hubungan dalam perkahwinan. |
|---|