Analisis penskalaan bagi kejadian hujan ekstrim di Semenanjung Malaysia
Maklumat mengenai kehujanan ekstrim dalam skala masa berbeza diperlukan dalam pembinaan lengkuk keamatantempoh-kekerapan (IDF). IDF menjadi rujukan utama dalam pembinaan infrastruktur berkaitan hujan seperti sistem perparitan dan empangan. Seringkali, agak sukar untuk mendapatkan data dalam pelbaga...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15953/ http://journalarticle.ukm.my/15953/1/23.pdf |
| Summary: | Maklumat mengenai kehujanan ekstrim dalam skala masa berbeza diperlukan dalam pembinaan lengkuk keamatantempoh-kekerapan (IDF). IDF menjadi rujukan utama dalam pembinaan infrastruktur berkaitan hujan seperti sistem
perparitan dan empangan. Seringkali, agak sukar untuk mendapatkan data dalam pelbagai skala seperti per minit,
per jam dan per hari. Justeru, kajian ini menggunakan konsep penskalaan yang mengambil kira sifat kebersandaran
antara data hujan ekstrim pada sub skala yang berbeza dalam mengkaji ciri-ciri hujan ekstrim. Dalam kajian ini, data
hujan maksimum dalam tempoh sejam sehingga 48 jam dari tahun 1970-2008 di 43 buah stesen cerapan hujan di
Semenanjung Malaysia telah diuji. Penentuan jenis penskalaan yang sesuai; sama ada penskalaan ringkas atau pelbagai
diuji berdasarkan teori skala tak varians. Hasil mendapati bahawa 41 stesen kajian memenuhi syarat penskalaan
ringkas dan seterusnya, faktor penskalaan eksponen bagi setiap stesen telah ditentukan. Ini diikuti dengan pemadanan
taburan ekstrim yang paling sesuai dengan data kajian bagi setiap stesen memandangkan konsep pembangunan IDF
berasaskan taburan statistik. Lima taburan ekstrim iaitu taburan Ekstrim Teritlak (GEV), Logistik Teritlak (GLO),
Gumbel, Pareto Teritlak (GPA) dan Pearson 3-Parameter (P3) telah dipadankan kepada data hujan maksimum harian
dan hasil mendapati padanan data dengan GEV dan GLO di kebanyakan stesen. Berdasarkan maklumat taburan
terbaik, nilai-nilai ulangan dihitung untuk pelbagai skala masa dengan menggunakan maklumat daripada hanya satu
skala masa sahaja. Hasil kajian ini ternyata membolehkan pengurusan data yang lebih cekap dalam pembangunan IDF
kerana data daripada hanya satu skala masa sahaja sudah mencukupi untuk menganggar nilai pada skala masa yang
berlainan. |
|---|