Kesan gelembung udara dan auksin bagi penginduksian akar pada tunas arundina graminifolia dalam sistem rendaman berterusan tertutup
Arundina graminifolia atau orkid buluh adalah orkid yang hidup di atas tanah, tahan panas dan penyakit, mudah dijaga, berbunga sepanjang tahun dan sangat sesuai untuk dijadikan tanaman landskap di kawasan terbuka. Kebiasaannya, A. graminifolia dibiak melalui pembahagian rumpun dan kultur tisu. Kad...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15940/ http://journalarticle.ukm.my/15940/1/10.pdf |
| Summary: | Arundina graminifolia atau orkid buluh adalah orkid yang hidup di atas tanah, tahan panas dan penyakit, mudah dijaga,
berbunga sepanjang tahun dan sangat sesuai untuk dijadikan tanaman landskap di kawasan terbuka. Kebiasaannya,
A. graminifolia dibiak melalui pembahagian rumpun dan kultur tisu. Kadar pembiakan daripada kaedah ini adalah
sangat rendah dan mengambil masa yang lama untuk memperbanyakkan bahan tanaman. Penggunaan sistem
rendaman berterusan tertutup (CPIS) telah berjaya mempercepatkan penginduksian mata tunas A. graminifolia. Namun,
penginduksian akar mengambil masa yang agak lama iaitu melebihi tiga bulan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan
untuk menambahbaik sistem CPIS dengan menambah gelembung udara bagi mempercepatkan penginduksian akar
pada tunas A. graminifolia. Seterusnya, penggunaan auksin asid naftalenasetik (NAA) dan asid indol-3-butirik (IBA)
bagi meningkatkan peratus pengakaran pada tunas A. graminifolia turut dijalankan. Kehadiran gelembung udara di
dalam sistem CPIS menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan untuk kelebaran, ketinggian dan kerenggangan
mata tunas berbanding dengan CPIS tanpa kehadiran gelembung udara. Tunas yang terhasil dalam sistem CPIS dengan
kehadiran gelembung udara juga mampu menghasilkan akar (10% tunas yang berakar) berbanding dengan sistem
CPIS tanpa kehadiran gelembung udara yang langsung tidak menghasilkan akar. Penginduksian akar pada tunas A.
graminifolia menggunakan IBA dan NAA dengan kepekatan 0, 0.5, 1.0 dan 1.5 ppm menunjukkan perbezaan yang signifikan
berbanding kawalan. Penggunaan hormon NAA dengan kepekatan yang semakin meningkat telah meningkatkan
purata panjang akar, namun memberi kesan sebaliknya diperhatikan pada rawatan IBA. Kesimpulannya, sistem CPIS
dengan kehadiran gelembung udara berserta hormon NAA 1.5 ppm mampu menginduksi dan meningkatkan peratus
pengakaran A. graminifolia dengan lebih cepat. |
|---|