Hubungan sosial rentas etnik ke arah pengukuhan kesepaduan sosial di Malaysia
Makalah ini membincangkan tentang persepsi masyarakat terhadap hubungan sosial rentas yang mengikat kesepaduan sosial di Malaysia dan menjadikannya begitu dinamik dalam konteks mengurus dan menyusun perbezaan sosial dalam masyarakat Malaysia. Asas pembinaan negara bangsa di Malaysia adalah bertera...
| Main Authors: | , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15878/ http://journalarticle.ukm.my/15878/1/40737-130098-1-SM.pdf |
| Summary: | Makalah ini membincangkan tentang persepsi masyarakat terhadap hubungan sosial rentas yang mengikat kesepaduan
sosial di Malaysia dan menjadikannya begitu dinamik dalam konteks mengurus dan menyusun perbezaan sosial dalam
masyarakat Malaysia. Asas pembinaan negara bangsa di Malaysia adalah berteraskan integrasi di mana identiti etnik
masing-masing dikekalkan dan terpelihara di dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun demikian, wujud persepsi
‘orang luar’ terhadap keharmonian di Malaysia yang acap kali negatif. Hal ini kerana mereka terpengaruh dengan
‘talk conflict’ yang berlegar dalam media sosial yang seakan-akan esok akan berulang semula tragedi berdarah 13 Mei
1969. Walhal, Institut Kajian Etnik (KITA) telah menjelaskan bahawa Malaysia kini berada dalam ‘Era Kesepaduan
Sosial’, yang mana dalam era ini, perilaku rakyat Malaysia adalah pada peringkat ‘everyday-defined’ iaitu; ‘they talk
conflict, they walk cohension’ dan perkara ini merupakan satu kegiatan psikososial yang sihat. Sehubungan dengan
itu, satu kajian telah dilaksanakan berkaitan dengan hubungan sosial rentas di tempat kerja. Kajian ini memfokuskan
kepada persepsi masyarakat terhadap tahap hubungan rentas sosial di tempat kerja dalam konteks hubungan pada
peringkat peribadi, komuniti dan institusi. Kaedah kajian yang digunakan adalah soal selidik yang telah dijalankan
ke atas 554 orang komuniti peniaga dan penjaja pelbagai etnik yang mempunyai perkaitan secara langsung terhadap
hubungan sosial rentas etnik. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa hubungan sosial rentas etnik pada
peringkat individu, komuniti dan institusi adalah positif dan signifikan. Amalan rentas etnik pada peringkat akar umbi
ini merupakan faktor yang begitu signifikan dalam pembentukan dan pengukuhan kesepaduan sosial di Malaysia serta
suatu jaminan kestabilan negara yang berterusan. |
|---|