Kecaknaan pengguna Muslim terhadap logo halal
Logo halal merupakan simbol penting dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia khasnya dan di seluruh dunia amnya. Logo ini menjadi piawaian oleh pengguna dalam menentukan halalnya sesuatu makanan. Dari perspektif pengguna, ia merupakan salah satu instrumen bagi memilih premis makanan dan restora...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15870/ http://journalarticle.ukm.my/15870/1/40727-130072-1-SM.pdf |
| Summary: | Logo halal merupakan simbol penting dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia khasnya dan di seluruh dunia
amnya. Logo ini menjadi piawaian oleh pengguna dalam menentukan halalnya sesuatu makanan. Dari perspektif
pengguna, ia merupakan salah satu instrumen bagi memilih premis makanan dan restoran sebagai destinasi menjamu
selera. Walaupun kewujudan logo ini merupakan satu perkembangan positif bagi umat Islam di Malaysia, namun
senario ini menyebabkan masyarakat Islam meletakkan kebergantungan secara total terhadap logo ini dalam pemilihan
restoran. Tahap pengetahuan dalam menentukan halal semakin rendah dalam kalangan masyarakat. Masyarakat
tiada kemahiran untuk menentukan halalnya sesuatu makanan kerana tahap kebergantungan yang sangat tinggi pada
logo tersebut. Justeru, kajian ini dijalankan dengan tujuan menghurai konsep pemakaian logo halal, mengenalpasti
kesedaran pengguna terhadap penggunaan logo halal dan menilai tahap kebergantungan pengguna Muslim terhadap
logo halal. Rekabentuk kajian adalah tinjauan berbentuk pemerhatian. Pemerhatian secara turut serta dijalankan bagi
meneliti, melihat dan meninjau situasi atau kejadian secara kritikal berdasarkan objektif yang dibina. Pemerhatian
tidak berstruktur dilakukan tanpa merujuk kepada set aktiviti atau aspek yang telah dikenal pasti secara khusus.Namun,
pemerhatian ini dipandu satu senarai semak agar pengumpulan data berfokus dan menepati objektif yang ditetapkan.
Pemerhatian dibuat ke atas premis-premis makanan yang terdapat di salah sebuah pusat membeli belah utama di
lembah Klang. Dapatan yang diperolehi diharap dapat menilai tahap kecaknaan pengguna terhadap penggunaan logo
halal di premis-premis makanan di Malaysia. |
|---|