Amalan kerohanian dan kaitannya dengan kebimbangan bahasa dalam kalangan penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Malaysia
Kebimbangan bahasa merupakan salah satu perasaan emosi yang berkaitan dengan psikologi manusia. Perasaan ini muncul sebagai tindak balas terhadap sesuatu keadaan atau sesuatu akibat yang tidak diingini berlaku. Biasanya kebimbangan bahasa dialami oleh pelajar semasa mempelajari bahasa asing sehing...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15857/ http://journalarticle.ukm.my/15857/1/40745-130116-1-SM.pdf |
| Summary: | Kebimbangan bahasa merupakan salah satu perasaan emosi yang berkaitan dengan psikologi manusia. Perasaan
ini muncul sebagai tindak balas terhadap sesuatu keadaan atau sesuatu akibat yang tidak diingini berlaku. Biasanya
kebimbangan bahasa dialami oleh pelajar semasa mempelajari bahasa asing sehingga boleh mengganggu prestasi
pembelajaran bahasa tersebut. Walaupun perasaan bimbang perlu ada di dalam diri setiap individu, namun perasaan
ini perlu dikawal agar kewujudannya tidak akan memudaratkan pelajar itu sendiri. Artikel ini adalah ulasan hasil
kajian yang bertujuan mengenalpasti tahap amalan spiritual dan tahap kebimbangan bahasa serta kaitannya dengan
amalan kerohanian dan kebimbangan bahasa yang berlaku di dalam kelas pembelajaran bahasa Arab. Kajian
kuantitatif berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik amalan kerohanian dan Foreign Language Classroom
Anxiety Scale. Responden kajian terdiri daripada 399 orang pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama di Malaysia. Analisis deskriptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis data dan memperoleh
dapatan kajian. Keputusan menunjukkan bahawa tahap amalan kerohanian pelajar adalah tinggi tetapi kebimbangan
bahasa berada di tahap sederhana. Selain itu, terdapat hubungan negative yang signifikan antara amalan kerohanian
dengan kebimbangan bahasa (r=-0.273; p=0.00). Ini membuktikan bahawa amalan kerohanian mampu membantu
dalam menangani masalah kebimbangan bahasa yang dialami pelajar di sekolah dan seterusnya memberi nilai tambah
terhadap korpus ilmu pengetahuan semasa. |
|---|