Penghasilan vaksin yang mengandungi unsur najis menurut perspektif maqasid syariah

Penggunaan vaksin pada masa kini telah menjadi popular bagi membendung penyakit yang mempunyai risiko kematian. Kerajaan Malaysia telah melaksanakan program imunisasi kebangsaan yang mewajibkan kanak-kanak mengambil 12 jenis vaksin sejak dari dilahirkan. Selain itu, kerajaan juga menggalakkan golo...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Nazir Alias, Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, Muhammad Adib Samsudin, Mohd Sham Kamis
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15855/
http://journalarticle.ukm.my/15855/1/40743-130110-1-SM.pdf
Description
Summary:Penggunaan vaksin pada masa kini telah menjadi popular bagi membendung penyakit yang mempunyai risiko kematian. Kerajaan Malaysia telah melaksanakan program imunisasi kebangsaan yang mewajibkan kanak-kanak mengambil 12 jenis vaksin sejak dari dilahirkan. Selain itu, kerajaan juga menggalakkan golongan dewasa untuk mengambil vaksin-vaksin tertentu bagi mengawal penyakit yang berbahaya. Namun begitu, terdapat vaksin-vaksin tertentu yang dihasilkan menggunakan bahan yang mengandungi najis seperti embrio daripada telur dan sel-sel mamalia. Penghasilan vaksin menggunakan bahan-bahan tersebut adalah kerana tiada bahan lain sebagai alternatif. Isu ini telah menjadi kemusykilan kepada umat Islam untuk menghasilkan vaksin kerana ia mengandungi unsur najis. Tujuan kajian ini dilakukan bagi menentukan pandangan syarak berkaitan isu ini. Kajian ini akan menganalisis secara deduktif prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah syarak yang berkaitan dengan penggunaan najis bagi merawat penyakit. Kajian seterusnya merumuskan kedudukan penghasilan vaksin berasaskan bahan-bahan najis menurut perspektif maqasid syariah. Kajian ini merumuskan bahawa penghasilan vaksin yang mengandungi unsur najis pada masa kini adalah menepati prinsip maqasid syariah dan ia adalah tertakluk kepada syarat yang khusus.