Penggunaan dan penerimaan bahan bantu mengajar multimedia terhadap keberkesanan pembelajaran Geografi
Kaedah pengajaran tradisional sepenuhnya dalam menyampaikan isi kandungan mata pelajaran Geografi akan menyukarkan kefahaman dan seterusnya memberi kesan terhadap minat pelajar dalam mata pelajaran Geografi. Atas asas permasalahan ini, kajian ini bertujuan meneliti penggunaan bahan bantu mengajar...
| Main Authors: | , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15847/ http://journalarticle.ukm.my/15847/1/34908-135170-1-PB.pdf |
| Summary: | Kaedah pengajaran tradisional sepenuhnya dalam menyampaikan isi kandungan mata pelajaran
Geografi akan menyukarkan kefahaman dan seterusnya memberi kesan terhadap minat pelajar
dalam mata pelajaran Geografi. Atas asas permasalahan ini, kajian ini bertujuan meneliti
penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) multimedia dalam pembelajaran Geografi Tingkatan
Enam di Malaysia. Penelitian melibatkan tiga pemboleh ubah kajian iaitu penggunaan elemen
BBM multimedia, penerimaan pelajar terhadap reka bentuk BBM multimedia, dan keberkesanan
penggunaan BBM multimedia. Pendekatan kuantitatif digunakan dalam kajian ini dengan
menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Pemilihan responden menggunakan teknik
pensampelan rawak mudah yang melibatkan seramai 500 orang pelajar Tingkatan Enam yang
mengambil subjek Geografi di beberapa buah sekolah yang terpilih di Malaysia. Analisis
korelasi Pearson digunakan dalam kajian ini bagi meneliti hubungan antara pemboleh ubah
manakala analisis regresi berganda dijalankan bagi menjelaskan pengaruh antara pemboleh ubah
dalam kajian. Dapatan kajian menunjukkan pelajar mempunyai tahap yang sederhana bagi
penggunaan elemen BBM multimedia, tahap tinggi bagi penerimaan pelajar terhadap reka bentuk
BBM multimedia dan tahap tinggi terhadap keberkesanan penggunaan BBM multimedia.
Dapatan analisis korelasi Pearson pula menunjukkan, terdapat hubungan positif yang signifikan
antara keberkesanan penggunaan BBM multimedia terhadap penggunaan elemen BBM
multimedia, dan penerimaan pelajar terhadap reka bentuk BBM multimedia. Selain itu, hasil
analisis regresi berganda menunjukkan penerimaan elemen BBM multimedia dan penggunaan
BBM multimedia memberi pengaruh terhadap keberkesanan penggunaan BBM multimedia.
Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa keberkesanan pembelajaran geografi terhadap
pelajar dipengaruhi oleh penggunaan elemen BBM multimedia dan reka bentuk BBM
multimedia yang menarik dan berkesan. Implikasi kajian ini secara tidak langsung dapat
dijadikan sebagai panduan dan hala tuju kepada guru dalam merancang perubahan teknik dan
strategi pengajaran dan pembelajaran Geografi yang lebih mudah, menarik dan menyeronokkan seterusnya dapat memberi kesan terhadap peningkatan pencapaian maksimum akademik dan
sikap pelajar. |
|---|