Perancangan dan pengujian pemindahan pengguna melalui simulasi tindakbalas kecemasan 3D
Proses pemindahan pengguna ketika situasi kecemasan amat penting seiring dengan pembangunan struktur bertingkat yang mampan. Proses memindahkan pengguna adalah mencabar kerana melibatkan perkara-perkara luar kawalan seperti tingkahlaku pengguna dan faktor dinamik kemalangan. Kajian ini dilaksanak...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15842/ http://journalarticle.ukm.my/15842/1/38208-135162-1-PB.pdf |
| Summary: | Proses pemindahan pengguna ketika situasi kecemasan amat penting seiring dengan
pembangunan struktur bertingkat yang mampan. Proses memindahkan pengguna adalah
mencabar kerana melibatkan perkara-perkara luar kawalan seperti tingkahlaku pengguna dan
faktor dinamik kemalangan. Kajian ini dilaksanakan bagi merancang dan menguji proses
pemindahan pengguna didalam persekitaran 3D. Ia merangkumi tiga fasa iaitu fasa integrasi
data, pembangunan dan pengujian topologi dan analisa simulasi. Pengujian kaedah integrasi
model 3D BIM kepada 3D GIS dilakukan dengan menggunakan kaedah Revit ke Feature
Manipulation Engine (FME) dan seterusnya ke Multipatch Shapefile dipilih sebagai kaedah
terbaik kerana memenuhi keperluan analisa kecemasan. Seterusnya, jaringan topologi kekisi
dibina dan diuji melalui ujian ketersediaan dan ujian ketepatan. Purata kadar ketersediaan akses
dikenalpasti melebihi 12% manakala purata keralatan dikenalpasti sebanyak 3.18%. Pengiraan
jarak ke akses keluar dan saiz kekisi 0.38m digunakan sebagai input parameter dalam fasa ketiga.
Tiga parameter digunakan iaitu kelajuan, kapasiti pengguna dan pemilihan akses diuji dalam
lapan simulasi yang berbeza. Hasil simulasi diperincikan kedalam dua faktor iaitu masa dan
ruang kritikal. Faktor masa mengupas kesan kapasiti pengguna dan pemilihan akses terhadap
masa. Kesan kapasiti pengguna didapati semakin besar apabila tempoh masa pemindahan
pengguna bertambah. Kaedah pembahagian akses dikenalpasti sebagai kaedah terbaik untuk
memindahkan pengguna dengan purata 17% lebih pantas berbanding kaedah lain. Faktor ruang
kritikal melibatkan pengenalpastian ruang kritikal didalam bangunan melalui peta haba dan teori
Level of Service. Pengenalpastian ruang kritikal dikenalpasti berpunca daripada akses yang
berkelebaran kurang dari 1.5 meter bagi setiap aras. Pengujian pelebaran akses diuji dan
dibuktikan mampu menambahbaik aliran pemindahan pengguna dalam kajian ini. |
|---|