Pengintegrasian sosial: sejauhmana hubungannya dengan kesihatan diri, keagamaan dan jaminan pekerjaan dalam kalangan orang kena pengawasan
Pengenalpastian faktor yang mempunyai hubungan dengan aspek pengintegrasian sosial dalam kalangan bekas penagih yang telah tamat menjalani program rawatan dan pemulihan merupakan aspek penting dalam usaha negara menyediakan formula tentang kejayaan pemulihan. Oleh itu kajian ini dilakukan bertuju...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15841/ http://journalarticle.ukm.my/15841/1/34780-135160-1-PB.pdf |
| Summary: | Pengenalpastian faktor yang mempunyai hubungan dengan aspek pengintegrasian sosial dalam
kalangan bekas penagih yang telah tamat menjalani program rawatan dan pemulihan merupakan
aspek penting dalam usaha negara menyediakan formula tentang kejayaan pemulihan. Oleh itu
kajian ini dilakukan bertujuan untuk (1) mengenalpasti tahap pengintegrasian sosial dalam
kalangan Orang Kena Pengawasan (OKP) dan (2) menganalisis hubungan antara kesihatan diri,
jaminan pekerjaan dan keagamaan dengan pengintegrasian sosial dalam kalangan OKP. Kajian
telah dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratan-lintang secara kuantitatif.
Seramai 218 bekas penagih dadah yang telah tamat menjalani program pemulihan di Cure and
Care Rehabilitation Centre (CCRC) dan kini sedang menjalani pengawasan oleh Agensi
AntiDadah Kebangsaan (AADK) dipilih sebagai responden kajian. Data kajian dianalisis secara
deskriptif dan inferensi dengan menggunakan ujian Korelasi Pearson. Analisis kajian deskriptif
menunjukkan pengintegrasian sosial dalam kalangan OKP berada pada tahap yang baik iaitu
tinggi (60.1%). Manakala analisis inferensi pula mendapati bahawa faktor kesihatan diri, jaminan
pekerjaan dan keagamaan menunjukkan hubungan yang positif dan signifikan dengan
pengintegrasian sosial dalam kalangan OKP. Hasil kajian memberi implikasi positif terhadap
usaha penambahbaikan program pengintegrasian sosial yang dijalankan terhadap OKP oleh
pihak yang berkepentingan. Penekanan terhadap aspek keagamaan, kesihatan diri dan jaminan
pekerjaan perlu diambil kira dalam menentukan kejayaan pengintegrasian sosial dalam kalangan
OKP. |
|---|