Perspektif feminis dalam isu homoseksual
Serangan pemikiran yang berkehendak kepada penerimaan homoseksual sebagai satu perbuatan yang tidak menyalahi syariat telah menular dalam masyarakat Islam kini. Golongan yang menerima homoseksual ini memberi alasan agama harus diamalkan bersesuaian dengan realiti semasa sekalipun terpaksa menafik...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15741/ http://journalarticle.ukm.my/15741/1/61-137-1-PB.pdf |
| Summary: | Serangan pemikiran yang berkehendak kepada penerimaan homoseksual sebagai satu perbuatan
yang tidak menyalahi syariat telah menular dalam masyarakat Islam kini. Golongan yang
menerima homoseksual ini memberi alasan agama harus diamalkan bersesuaian dengan realiti
semasa sekalipun terpaksa menafikan hukum-hukum yang telah thabit dengan nas-nas syarak
secara qatc
i. Serangan ini dilakukan oleh feminis yang memperjuangkan hak-hak kesamarataan
gender kerana mereka berpendapat sebahagian hukum yang terdapat dalam al-Quran telah
menindas serta mendiskriminasi gender. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis pemikiran
feminis terhadap isu homoseksual serta kritikan pemikiran mereka menurut al-Quran dan alSunnah. Metode yang digunakan adalah analisis kandungan 3 karya feminis sebagai kaedah
untuk mengumpulkan data dan kaedah diskriptif digunakan untuk menganalisis data. Hasil
kajian menunjukkan golongan feminis berkehendak untuk membela golongan homoseksual
dengan hujah-hujah mereka walaupun ia melibatkan hukum-hukum al-Quran yang telah thabit
dengan nas-nas syarak secara qat’i. Implikasi kajian menunjukkan perjuangan golongan feminis
ini wajar diperhalusi dan diberi perhatian serius kerana pemikiran kesamarataan gender adalah
bukan berasal daripada agama Islam malah ia berasal daripada tradisi masyarakat barat Justeru,
pemikiran yang berkehendak kepada keterbukaan dalam berijtihad dengan meletakkan akal
pada tempat yang paling tinggi berbanding al-Quran dan al-Sunnah seperti feminisme harus
dibendung daripada menyerap masuk dalam pemikiran masyarakat Islam. |
|---|