Metodologi Muhammad Sa’id Umar terhadap periwayatan hadith-hadith Asbab al-Nuzul dalam Tafsir Nurul Ihsan
Tafsir Nurul Ihsan merupakan tafsir bahasa Melayu pertama yang dihasilkan oleh ulama Malaysia iaitu Muhammad Sa’id bin Umar yang dilahirkan pada tahun 1275H/1854 di kampung Kuar, Jerlun, Kedah Darul Aman. Riwayat Asbab al-Nuzul telah mendominasi sebahagian kecil daripada tafsir ini. Oleh itu, sat...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15738/ http://journalarticle.ukm.my/15738/1/58-134-1-PB.pdf |
| Summary: | Tafsir Nurul Ihsan merupakan tafsir bahasa Melayu pertama yang dihasilkan oleh ulama
Malaysia iaitu Muhammad Sa’id bin Umar yang dilahirkan pada tahun 1275H/1854 di kampung
Kuar, Jerlun, Kedah Darul Aman. Riwayat Asbab al-Nuzul telah mendominasi sebahagian kecil
daripada tafsir ini. Oleh itu, satu kajian tahqiq terhadap Asbab al-Nuzul di dalam tafsir ini perlu
dilakukan memandangkan riwayat-riwayat yang dikemukakan adalah data yang ditransformasi
oleh penulis daripada hadith-hadith dan kitab-kitab tafsir yang lain yang tidak dijelaskan sumber
pengambilan dan kedudukan serta tiada kritikan. Hasil kajian mendapati Muhammad Sa’id
hanya merujuk dua kitab sahaja dalam menukilkan riwayat-riwayat Asbab al-Nuzul iaitu Tafsir
al-Jalalayn dan al-Futuhat al-Ilahiyyah atau lebih dikenali dengan Hashiah al-Jamal. Kajian
ini juga mendapati terdapat 172 riwayat-riwayat Asbab al-Nuzul, 68 daripadanya adalah sahih
dan 104 adalah da’if. Selain itu, kajian ini juga telah mengesan terdapat riwayat-riwayat Asbab
al-Nuzul yang sahih yang tidak selaras dengan ayat-ayat al-Qur’an dan tidak sesuai untuk
dijadikan sebab turun bagi sesuatu ayat al-Qur’an. Implikasi daripada kajian mendapati riwayatriwayat Asbab al-Nuzul yang da’if memberi kesan terhadap kredibiliti tafsir ini sebagai rujukan
utama bagi para pelajar dan masyarakat dan mengurangkan keautoritiannya untuk dijadikan
rujukan terhadap riwayat-riwayat yang lain. |
|---|