Pemanjangan konsonan dalam dialek Melayu Patani
Penulisan ini bertujuan memerihalkan aspek pemanjangan konsonan (satu konsonan yang diartikulasikan secara berganda) dalam dialek Melayu Patani secara akustik. Secara umum, kajian-kajian terdahulu yang berkaitan bidang fonetik dan fonologi masih belum mencukupi untuk memberikan satu huraian yang...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2020
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15728/ http://journalarticle.ukm.my/15728/1/40638-135048-2-PB.pdf |
| Summary: | Penulisan ini bertujuan memerihalkan aspek pemanjangan konsonan (satu konsonan yang
diartikulasikan secara berganda) dalam dialek Melayu Patani secara akustik. Secara umum,
kajian-kajian terdahulu yang berkaitan bidang fonetik dan fonologi masih belum mencukupi
untuk memberikan satu huraian yang tuntas berkaitan pemanjangan konsonan dalam dialek
Melayu Patani. Ciri akustik yang dimanfaatkan sepenuhnya dalam pemerian pemanjangan
konsonan plosif awal kata dalam dialek Melayu Patani ini ialah Masa Mula Suara (VOT) dan
Intensiti. Lima orang penutur dialek Melayu Patani (lelaki berumur dalam lingkungan 35 – 50
tahun dari daerah Muang wilayah Pattani) dimanfaatkan bagi memperoleh sejumlah 300 token
yang seterusnya dimanfaatkan dalam analisis spektrograf. Hasil analisis kajian ini
menunjukkan bahawa walaupun wujud konsonan panjang, ia spesifik pada bunyi yang tertentu
sahaja. Hanya bunyi plosif bersuara sahaja yang kelihatan bertepatan dengan konsep konsonan
panjang. Penelitian lanjut secara lebih mendalam menggunakan angkubah intensiti akhirnya
menyerlahkan perbezaan ciri antara konsonan berkenaan dan pasangannya bagi bunyi plosif
tak bersuara. Kajian ini turut menunjukkan bahawa fenomena pemanjangan konsonan dalam
dialek Melayu Patani ini melibatkan unsur suprasegmental. Unsur pemanjangan dan penekanan
adalah bersifat fonemik, sekaligus bersifat suprafiks. Bunyi plosif awal kata dialek Melayu
Patani boleh sama ada bersifat suprafiks atau non-suprafiks. Kajian ini memberi implikasi
penting kepada penelitian bahasa yang serumpun dan bahasa Melayu standard yang diguna
pakai sebagai bahasa kedua oleh sesetengah kelompok masyarakat di Thailand, sekaligus,
dapat membantu pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi penguasaan bahasa
kedua oleh penutur bukan natif. |
|---|