Pengamanahan dalam perancangan dan pengurusan harta orang Islam
Kemunculan produk amanah dalam perancangan dan pengurusan harta orang Islam dikatakan sebagai instrumen yang boleh mengatasi masalah dalam isu berkaitan harta pusaka. Mengamanahkan pihak lain untuk mengurus harta sama ada semasa hidup atau selepas kematian merupakan bentuk pengamanahan yang diamal...
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15580/ http://journalarticle.ukm.my/15580/1/36938-116489-1-SM.pdf |
| Summary: | Kemunculan produk amanah dalam perancangan dan pengurusan harta orang Islam dikatakan sebagai instrumen
yang boleh mengatasi masalah dalam isu berkaitan harta pusaka. Mengamanahkan pihak lain untuk mengurus harta
sama ada semasa hidup atau selepas kematian merupakan bentuk pengamanahan yang diamalkan oleh masyarakat
Islam pada hari ini. Dalam perundangan Islam terdapat pelbagai bentuk pengamanahan sama ada disandarkan kepada
keadaan sebelum atau selepas kematian. Kedua-dua situasi tersebut mempunyai konsep pengamanahan yang berbeza
yang menghasilkan natijah hukum berbeza. Oleh yang demikian, kajian ini mengkaji konsep amanah yang sesuai
yang boleh diaplikasikan sebagai instrumen pengurusan harta amanah orang Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif
menggunakan kaedah analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Hasil kajian mendapati terdapat dua konsep
amanah dalam Islam yang boleh dijadikan instrumen amanah dalam perancangan dan pengurusan harta orang Islam
iaitu wakÉlah dan wiÎōyah. Kedua-dua konsep ini mempunyai rukun dan syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi
bagi membolehkan akad berkuat kuasa. Penggubalan undang-undang berkaitan produk amanah harta orang Islam
perlulah dibuat secara lebih terperinci oleh pihak yang berautoriti sebagai panduan pihak industri dalam menawarkan
produk berkaitan amanah harta orang Islam. |
|---|