Liberalisme dan pemikiran pemimpin Muslim di Malaysia
Pemikiran liberal adalah aliran pemikiran yang berjuang untuk hak kebebasan bersuara dan hak kebebasan beragama. Pemikiran ini dilihat memberi ancaman kepada keharmonian beragama kerana pentafsiran yang dibuat dalam hal berkaitan agama bergantung kepada perspektif rasional dan kontekstual. Tulisan...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15577/ http://journalarticle.ukm.my/15577/1/36936-116484-1-SM.pdf |
| Summary: | Pemikiran liberal adalah aliran pemikiran yang berjuang untuk hak kebebasan bersuara dan hak kebebasan
beragama. Pemikiran ini dilihat memberi ancaman kepada keharmonian beragama kerana pentafsiran yang dibuat
dalam hal berkaitan agama bergantung kepada perspektif rasional dan kontekstual. Tulisan ini memberi fokus kepada
perbahasan epistemologi pemikiran liberal dan hubungannya dengan aliran pemikiran pemimpin Muslim di Malaysia.
Menggunakan kaedah kualitatif, kajian ini turut melibatkan kaedah temu bual kepada seramai enam belas orang
informan daripada kalangan pemimpin negara, pemimpin masyarakat dan pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan
(NGO) untuk melihat realiti pemikiran ini dalam konteks Malaysia. Informan telah disampelkan menggunakan strategi
persampelan bertujuan yang memfokuskan kepada keperluan untuk memperolehi maklumat dengan lebih fokus dan
terbuka. Hasil kajian menunjukkan pemikiran liberal ini mempunyai analogi ilmu yang sangat panjang. Ia dipengaruhi
oleh kepelbagaian keadaan sejarah dan kondisi negara termasuk pengaruh aristokrasi, industrialisasi dan agama.
Pemikiran liberal juga adalah asas kepada ketamadunan sekular yang muncul kesan daripada bantahan golongan
cendekiawan Barat terhadap sikap dan ideologi pembesar agama Kristian. Jelasnya, pemikiran liberal adalah acuan
Barat dan kesannya dapat dilihat pada cara hidup dan budaya masyarakat Barat sekarang. Apa yang membimbangkan,
hasil kajian juga menunjukkan pemikiran ini telah meresap masuk ke dalam pemikiran sebahagian rakyat Malaysia
khususnya daripada kalangan pemimpin Muslim. Metode berfikir menurut kaedah ini perlu ditangani secara holistik
kerana pemikiran beracuan liberal ini mampu menjejaskan metode berfikir umat Islam pelbagai latar belakang.
Implikasinya, akan muncul pelbagai gerakan yang mendakwa mereka membawa panji-panji Islam padahal prinsipprinsip yang ditegakkan bersifat ekstrem dan bertentangan sama sekali dengan prinsip ajaran Islam. |
|---|