Kerelevanan penyelesaian masalah pembahagian pusaka Islam di Malaysia melalui pendekatan takhāruj

Peningkatan bilangan penduduk Islam di Malaysia seiring dengan perkembangan saiz populasi yang semakin meningkat. Secara implisitnya, unjuran nilaian harta pusaka yang tidak dituntut sehingga mencecah lebih Rm60 billion akan menjadi lebih kritikal jika pertambahan penduduk Islam ini tidak diimbangi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Md Yazid Ahmad, Wan Najmiyah Wan Ali, Anwar Fakhri Omar
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15575/
http://journalarticle.ukm.my/15575/1/36934-116482-1-SM.pdf
Description
Summary:Peningkatan bilangan penduduk Islam di Malaysia seiring dengan perkembangan saiz populasi yang semakin meningkat. Secara implisitnya, unjuran nilaian harta pusaka yang tidak dituntut sehingga mencecah lebih Rm60 billion akan menjadi lebih kritikal jika pertambahan penduduk Islam ini tidak diimbangi dengan kesedaran dan kefahaman yang lebih menyeluruh berhubung undang-undang pusaka Islam termasuk mekanisme takhāruj dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan pengagihan pusaka. Walaupun hukum pusaka Islam dalam pembahagian harta pusaka adalah perlu diikuti dan digunakan, namun ia hendaklah dilaksanakan secara realistik dan praktikal agar matlamat di sebalik pensyariatannya tercapai. Justeru, objektif artikel ini bagi adalah membincangkan kerelevanan pemakaian mekanisme takhāruj yang bertindak sebagai wadah untuk menyelesaikan masalah pengagihan pusaka dalam kerangka perlembagaan dan sosioekonomi umat Islam di Malaysia. Kajian kualitatif ini bersandarkan sumber primer dan sekunder dengan menggunakan kaedah analisis dokumen yang disampaikan secara deskriptif. Dapatan kajian merumuskan bahawa pendekatan takhāruj adalah suatu yang signifikan dan relevan dalam konteks menyelesaikan masalah pengagihan pusaka masyarakat Islam dalam aspek menangani halangan undang-undang dalam kerangka perlembagaan yang mengekang waris dari memperoleh bahagiannya; menangani pemecahan saiz hartanah yang melampau; dan mengelakkan kelewatan urusan pembahagian harta pusaka.