Prinsip sosial dalam pengimarahan institusi masjid: kajian di masjid bertaraf cemerlang

Masjid pada zaman Rasulullah SAW telah membuktikan bahawa fungsi dan peranannya adalah menegakkan syiar Islam dan juga sebagai agen sosial dalam masyarakat. Melihat kepada keupayaan Rasulullah SAW menjadikan masjid sebagai agen sosial dalam masyarakat, maka peranan dan fungsi masjid di Malaysia p...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Ridhuwan Remly, Muhd Najib Abdul Kadir, Fadlan Mohd Othman, Siti Azimah Sabaruddin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15450/
http://journalarticle.ukm.my/15450/1/40627-130008-1-PB.pdf
Description
Summary:Masjid pada zaman Rasulullah SAW telah membuktikan bahawa fungsi dan peranannya adalah menegakkan syiar Islam dan juga sebagai agen sosial dalam masyarakat. Melihat kepada keupayaan Rasulullah SAW menjadikan masjid sebagai agen sosial dalam masyarakat, maka peranan dan fungsi masjid di Malaysia pada hari ini perlu diperkasa secara optimum bagi membina kekuatan ummah Islam. Keaktifan institusi masjid bukan terletak pada bahu pihak pengurusan sahaja, malah semua lapisan masyarakat terutama agensi kerajaan, agensi swasta dan badan NGO perlu mengaktifkan diri dengan bersama-sama menjana seluruh keupayaan yang ada ke arah pengimarahan institusi masjid. Oleh itu, artikel ini bertujuan mengkaji prinsip-prinsip sosial yang perlu dimiliki oleh pihak pengurusan masjid di samping menjelaskan pendekatan yang perlu digunakan oleh institusi masjid dalam menjalinkan kerjasama dengan pihak lain ke arah pengimarahan institusi masjid. Data temu bual dianalisis dengan perisian Atlas.ti versi 7 dengan pembinaan kodkod dan tema yang dipilih. Makalah ini mendapati bahawa pengimarahan sesebuah masjid tidak bergantung sepenuhnya kepada individu yang menerajui kepimpinan institusi masjid, malah ianya juga perlu dibantu oleh pelbagai masyarakat untuk bersama-sama menjana perubahan ke arah merancakkan lagi pengimarahan institusi masjid.