Pendekatan dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) terhadap banduan di Penjara Sandakan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) merupakan sebuah agensi jabatan negeri yang ditubuhkan di bawah Jabatan Ketua Menteri Sabah. Penubuhannya adalah selari dengan penyebaran risalah dakwah Islamiah terhadap seluruh lapisan masyarakat termasuk banduan di Penjara Sandakan, Sabah....
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15438/ http://journalarticle.ukm.my/15438/1/370-Article%20Text-1362-2-10-20200321.pdf |
| Summary: | Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) merupakan sebuah
agensi jabatan negeri yang ditubuhkan di bawah Jabatan Ketua Menteri Sabah.
Penubuhannya adalah selari dengan penyebaran risalah dakwah Islamiah terhadap
seluruh lapisan masyarakat termasuk banduan di Penjara Sandakan, Sabah.
Namun, pelaksanaan dakwah kepada banduan di Penjara Sandakan memerlukan
strategi kerohanian yang sesuai dengan latar belakang mereka. Oleh itu, objektif
kajian ini adalah untuk mengenal pasti pendekatan pelaksanaan dakwah JHEAINS
di Penjara Sandakan. Melalui kajian tinjauan awal, temubual secara ringkas
bersama pihak JHEAINS dan pihak penjara telah dilakukan. Hasil kajian ini
menunjukkan bahawa pendekatan dakwah yang digunakan oleh JHEAINS dan
pihak Penjara Sandakan untuk mendidik dan mentarbiah banduan ialah melalui
Dacwah bi al-Nafs, Dacwah Fardiyyah, Dacwah bi al-Ḥāl dan Dacwah al-cĀm.
Strategi pelaksanaan dakwah yang dijalankan oleh JHEAINS terhadap banduan
penjara ini memberi implikasi yang besar khususnya kepada pegawai penjara dan
para pendakwah dalam menyebarkan dakwah Islamiah dalam kalangan banduan
multietnik. |
|---|