Kepentingan aspek pengetahuan dan kemahiran dalam dakwah terhadap masyarakat Orang Asli
Pendakwah merupakan golongan yang berperanan penting dalam menyampaikan Islam kepada masyarakat. Mereka antara insan yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah dalam memakmurkan agama di muka bumi ini. Aspek persiapan dianggap elemen penting dalam menentukan keberkesanan proses penyampaian dakw...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15435/ http://journalarticle.ukm.my/15435/1/377-Article%20Text-1359-3-10-20200321.pdf |
| Summary: | Pendakwah merupakan golongan yang berperanan penting dalam menyampaikan
Islam kepada masyarakat. Mereka antara insan yang telah dipertanggungjawabkan
oleh Allah dalam memakmurkan agama di muka bumi ini. Aspek persiapan
dianggap elemen penting dalam menentukan keberkesanan proses penyampaian
dakwah. Pengetahuan dan kemahiran adalah dua elemen berkaitan. Artikel ini
bertujuan menganalisis kepentingan aspek pengetahuan dan kemahiran dakwah
kepada masyarakat Orang Asli. Kaedah yang digunakan dalam membincangkan
isu berkaitan pengetahuan dan kemahiran adalah berdasarkan analisis dokumen
seperti jurnal, buku dan lain-lain dokumen berkaitan kajian. Analisis aspek
pengetahuan adalah berdasarkan teori Thaqafah al-Da’iyah oleh al-Qaradawi.
Manakala aspek kemahiran adalah berasaskan prinsip metodologi dakwah dalam
surah al-Nahl, ayat 125. Analisis ini memperlihatkan adalah penting pendakwah
menguasai aspek pengetahuan berkaitan ilmu Islam, sejarah dan kearifan
tempatan, kepercayaan, adat dan budaya, pengetahuan semasa serta realiti
masyarakat setempat. Manakala aspek kemahiran yang perlu dikuasai pendakwah
pula ialah komunikasi, kemahiran pertukangan, pertanian, perubatan, sukan dan
lain-lain yang berkaitan lingkungan kehidupan masyarakat Orang Asli. |
|---|