Hubungan linguistik variasi Melayu Sekadau, Kuching dan Saribas: suatu hipotesis awal

Makalah ini menganalisis hubungan kekerabatan tiga variasi Melayu di tiga kawasan yang berbeza di Borneo Barat, iaitu Sekadau (Kalimantan Barat, Indonesia), Kuching dan Saribas (Sarawak). Adalah suatu hakikat bahawa faktor geografi mendorong pembentukan berbagai variasi bahasa dan dialek. Untuk ke...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Chong, Shin
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15432/
http://journalarticle.ukm.my/15432/1/jatma-2020-0803-07.pdf
Description
Summary:Makalah ini menganalisis hubungan kekerabatan tiga variasi Melayu di tiga kawasan yang berbeza di Borneo Barat, iaitu Sekadau (Kalimantan Barat, Indonesia), Kuching dan Saribas (Sarawak). Adalah suatu hakikat bahawa faktor geografi mendorong pembentukan berbagai variasi bahasa dan dialek. Untuk kes variasi Melayu Sekadau, Kuching dan Saribas, ketiga-tiga dialek ini sesungguhnya dipisahkan oleh berbagai bentuk muka bumi yang rencam, iaitu sungaisungai, banjaran, hutan belantara, bukit-bukit dan paya. Daripada segi hubungan, penutur di Kuching dan Saribas tiada hubungan sosial dengan penutur di Sekadau. Namun hasil analisis dan perbandingan linguistik menunjukkan kadar persamaan linguistik antara ketiga-tiga variasi ini sangat tinggi. Ini menimbulkan persoalan mengapa terdapat hubungan linguistik yang dekat sedangkan terdapat pemisahan geografi, dan tiada hubungan sosial dalam kalangan penuturnya. Untuk menghuraikan fenomena ini, penulis menggunakan hipotesis Nothofer (1997), iaitu terdapat satu rantaian bahasa-bahasa Melayik di Borneo Barat. Bahasa yang memaparkan ciri bunyi /-h/ > /-Ɂ/, pengguguran /h/ pada awal kata, penambahan /-Ɂ/ di akhir kata tertentu dan /-k/ berkontras dengan /-Ɂ/ adalah bahasa dalam Rantaian Bahasa Melayik Borneo Barat. Variasi Melayu Sekadau, Kuching, Saribas merupakan ahli rantaian kerana memiliki ciri-ciri linguistik ini. Diandaikan bahawa variasi-variasi dalam rantaian ini berasal daripada bahasa Melayik Purba dan migrasi purba pernah berlaku dalam kalangan penuturnya sehingga membentuk landskap persebaran seperti hari ini.