Kerangka-kerangka kajian lepas untuk meneliti protagonis wanita dalam filem Melayu

Para sarjana lazimnya mengangkat filem-filem U-Wei Haji Saari sebagai subjek kajian dalam meneliti pemaparan wanita dalam filem Melayu. Hampir kesemua protagonis wanita U-Wei dipaparkan bertentangan dengan norma-norma masyarakat Melayu dan hal ini menjadikan watak-watak wanitanya subjek kajian yang...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Azliza Mohd Nor, Nur Afifah Vanitha Abdullah
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15371/
http://journalarticle.ukm.my/15371/1/25896-125416-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/15371/6/indexcodes.txt
Description
Summary:Para sarjana lazimnya mengangkat filem-filem U-Wei Haji Saari sebagai subjek kajian dalam meneliti pemaparan wanita dalam filem Melayu. Hampir kesemua protagonis wanita U-Wei dipaparkan bertentangan dengan norma-norma masyarakat Melayu dan hal ini menjadikan watak-watak wanitanya subjek kajian yang popular. Oleh itu, artikel ini memberi tumpuan kepada kerangka-kerangka kajian lepas yang diaplikasikan dalam meneliti empat filem U-Wei yang berprotagonis wanita iaitu Perempuan, Isteri &… (1993), Black Widow-Wajah Ayu (1994), Buai Laju-Laju (2004) dan Hanyut (2016). Antara penulisan pertama tentang protagonis wanita U-Wei pada tahun 1994 sehingga yang terakhir pada tahun 2019, terdapat 15 penulisan ilmiah yang mengaplikasikan pelbagai kerangka kajian untuk membincangkan protagonis wanita U-Wei. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan menjawab persoalan, ‘apakah kerangka kajian yang diaplikasikan dalam meneliti filem-filem berprotagonis wanita U-Wei Haji Saari sehingga Jun 2019?’. Bagi menjawab persoalan tersebut sebuah penyelidikan fundamental dirangka dengan kaedah kualitatif sebagai reka bentuk kajiannya. Analisis kandungan dilaksanakan terhadap bahan-bahan seperti artikel jurnal, buku dan tesis untuk memperoleh data. Dapatan dalam artikel ini adalah terdapat lebih 10 kerangka kajian yang diaplikasikan untuk meneliti pelbagai permasalahan tentang filem-filem U-Wei yang berprotagonis wanita. Antara kerangka yang diaplikasikan adalah teori feminisme, semiotik, psikologi budaya, psikoanalisis feminis, psikoanalisis Lacanian, nasionalisme, performative, fasisme, paradigma three act structure, model peletakan produk, elemen mise-en-scene, self-construal dan pendekatan Islam yang bersandarkan al-Quran dan hadis. Kerangka-kerangka kajian yang telah diaplikasikan ini bukan sahaja terbukti mampu menemukan jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan, malah turut membantu kefahaman terhadap protagonis wanita U-Wei dalam pelbagai dimensi.