Persepsi dan faktor pendorong aplikasi terapi seni dalam kalangan kaunselor pelatih

Salah satu matlamat utama dalam latihan untuk menjadi seorang kaunselor adalah penguasaan kemahiran kaunseling. Kajian kes ini bertujuan meneroka persepsi tiga kaunselor pelatih menggunakan terapi seni lukisan dalam sesi kaunseling. Ketiga-tiga peserta kajian merupakan guru pelatih yang berpengalama...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jeffery Apdal, Dharatun Nissa Fuad Mohd Karim, Salleh Amat
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15252/
http://journalarticle.ukm.my/15252/1/38453-126969-1-PB.pdf
Description
Summary:Salah satu matlamat utama dalam latihan untuk menjadi seorang kaunselor adalah penguasaan kemahiran kaunseling. Kajian kes ini bertujuan meneroka persepsi tiga kaunselor pelatih menggunakan terapi seni lukisan dalam sesi kaunseling. Ketiga-tiga peserta kajian merupakan guru pelatih yang berpengalaman menggunakan terapi seni dalam sesi kaunseling dan telah pun menjalani praktikum di sekolah. Proses pengumpulan data melibatkan temubual semi berstruktur yang dilakukan sehingga mencapai ketepuan data. Data dianalisis menggunakan kaedah tematik secara manual yang dimulakan dengan pengkodan terbuka, pengkodan kategori dan tema. Hasil kajian mendapati penggunaan terapi seni dalam sesi kaunseling boleh melancarkan proses kaunseling dan memberikan maklumbalas yang positif kepada klien dan juga kaunselor. Aplikasi terapi ini juga didorong oleh faktor personaliti klien yang pasif sewaktu menjalani sesi kaunseling. Kesimpulannya, penggunaan terapi seni telah dapat membantu meningkatkan keberkesanan dalam sesi kaunseling. Implikasinya, terapi seni ialah salah satu teknik kaunseling yang bukan konvensional boleh diamalkan oleh kaunselor-kaunselor demi menyahut cabaran masa hadapan yang memerlukan mereka mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran-kemahiran baru dalam mengendalikan sesi kaunseling. Oleh kerana kajian ini hanya melibatkan kaunselor pelatih, penyelidikan masa hadapan mungkin boleh mempertimbangkan untuk melakukan kajian lanjutan melibatkan kaunselor profesional dalam konteks yang lebih luas.