Merungkai sindrom mediokriti dalam cerpen popular karya Nadia Khan

Esei ini bertujuan untuk memahami konsep mediokriti dalam cerpen Nadia Khan, Kopi Kola dan Puaka Pak Jaha (2012). Hujahan esei ini adalah berteraskan perspektif ilmu yang digariskan oleh seorang cendiakiawan Muslim iaitu Syed Naquib Al-attas (1995) dan berhubungkait dengan teori evolusi ketamadunan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Nuraina Anuar, Nur Nafishah Azmi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15173/
http://journalarticle.ukm.my/15173/1/40265-128310-1-SM.pdf
Description
Summary:Esei ini bertujuan untuk memahami konsep mediokriti dalam cerpen Nadia Khan, Kopi Kola dan Puaka Pak Jaha (2012). Hujahan esei ini adalah berteraskan perspektif ilmu yang digariskan oleh seorang cendiakiawan Muslim iaitu Syed Naquib Al-attas (1995) dan berhubungkait dengan teori evolusi ketamadunan yang diperkenalkan oleh Malik Bennabi (2001). Masyarakat hari ini diandaikan sebagai masyarakat pasca-tamadun yang dipupuk oleh pelbagai sumber hiburan yang turut mendominasi karya sastera popular khususnya. Fokus hujahan ini akan menganalisis ciri-ciri mediokriti dalam kedua-dua cerpen diatsa disadari dengan konsep ilmu yang bersifat intelektual. Kesemua ini akan dihubungkaitkan bagi menerokai hubungan antara ilmu yang diperoleh daripada pengalaman. Kaedah yang digunakan dalam esei ini adalah bacaan terperinci terhadap teks dan menganalisa sudut pandang pembacaan karya dipilih secara intrinstik dan ekstrinsik melihat kepada pengaruh dan pemberian makna. Hasil kajian menunjukkan bahawa ilmu memainkan peranan penting bagi mengekang pengaruh mediokriti baik dari segi pemikiran mahupun dalam penulisan sastera. Justeru hasil kajian ini diharapkan agar dapat memberi manfaat dan kepentingan bagi pengkaji akan datang dalam memperkasakan kualiti dan nilai tamadun manusia.