Pengaruh kepimpinan terhadap budaya, pengurusan perubahan dan produktiviti serta kesannya terhadap prestasi institusi pengajian tinggi

Pengukuran prestasi mengikut acuan sendiri adalah lebih tepat dan bermakna dalam memerihalkan sistem pengurusan prestasi sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) khususnya yang melibatkan nilai-nilai teras. Kajian telah dijalankan dalam menguji nilai-nilai teras dalam beberapa konstruk yang mempeng...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Riza Mohd Suradi, Shuhada Manap, Norhafizah Ghazali, Zalina Mohd Ali, Wan Rosmanira Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/15093/
http://journalarticle.ukm.my/15093/1/jqma-16-1-paper7.pdf
Description
Summary:Pengukuran prestasi mengikut acuan sendiri adalah lebih tepat dan bermakna dalam memerihalkan sistem pengurusan prestasi sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) khususnya yang melibatkan nilai-nilai teras. Kajian telah dijalankan dalam menguji nilai-nilai teras dalam beberapa konstruk yang mempengaruhi prestasi organisasi seperti kepimpinan, budaya, pengurusan perubahan serta produktiviti yang menyokong model teori, iaitu Model Kecemerlangan Prestasi berasaskan Nilai Teras (VBPTEM) khususnya di IPT. Soal selidik telah diedarkan di beberapa IPT awam dan sebanyak 537 soal selidik digunakan untuk dianalisis. Pendekatan kaedah Kuasa Dua Terkecil Separa (KDTS) digunakan untuk menyelidiki pengaruh nilai-nilai teras konstruk terhadap prestasi IPT. Berdasarkan analisis pemodelan yang dijalankan, didapati sebahagian besar sumbangan adalah signifikan, iaitu konstruk kepimpinan mempengaruhi budaya dan pengurusan perubahan organisasi yang turut mempengaruhi produktiviti. Konstruk pendam produktiviti pula didapati mempunyai kesan yang signifikan terhadap prestasi IPT. Sumbangan nilai-nilai teras dalam konstruk produktiviti turut menerangkan sebanyak 67.5% variasi dalam prestasi IPT.