Profil jenayah banduan wanita di Malaysia: satu kajian kualitatif
Walaupun perlakuan jenayah kebiasaannya sering menjadi simbol yang dikaitkan dengan golongan lelaki, namun golongan wanita juga tidak terkecuali dalam penglibatan mereka sebagai pelaku jenayah. Jenayah yang dilakukan oleh mereka tidak hanya terhad kepada jenayah kecil-kecilan, malah hari demi hari...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/15014/ http://journalarticle.ukm.my/15014/1/25032-106505-1-PB.pdf |
| Summary: | Walaupun perlakuan jenayah kebiasaannya sering menjadi simbol yang dikaitkan dengan golongan lelaki,
namun golongan wanita juga tidak terkecuali dalam penglibatan mereka sebagai pelaku jenayah. Jenayah
yang dilakukan oleh mereka tidak hanya terhad kepada jenayah kecil-kecilan, malah hari demi hari, jenayah
yang dilakukan dilihat semakin serius, agresif dan ekstrem. Kajian ini bertujuan untuk meneroka profil jenayah
banduan wanita di Malaysia. Dengan menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual secara bersemuka,
kajian ini dijalankan di dua buah penjara di Semenanjung Malaysia dalam kalangan 21 banduan wanita
berwarganegara Malaysia yang melakukan pelbagai jenis jenayah. Kajian ini telah menggunakan reka
bentuk jenis kualitatif yang menggunakan pendekatan falsafah fenomenologi transedental. Satu protokol
temu bual yang mengandungi soalan semi struktur dibangunkan sebagai instrumen untuk mengumpul data
kualitatif daripada peserta kajian. Data kualitatif ini dianalisis dengan menggunakan kaedah Interpretative
Phenomenological Analysis (IPA). Hasil dapatan kajian menunjukkan banduan wanita terlibat dalam empat
jenis jenayah dan merupakan jenayah kali pertama. Terdapat motif jenayah yang berbeza dan jenayah
dilakukan di lokasi yang tertutup. Sesuatu objek sebagai senjata hanya digunakan di dalam jenayah
kekerasan. Selain itu, jenayah yang dilakukan merupakan jenayah bukan perseorangan. Dapatan kajian
ini dibincangkan dalam konteks jenayah, kriminologi dan juga psikologi tingkah laku. Diharapkan bahawa
hasil dapatan kajian ini dapat dijadikan sebagai bahan rujukan untuk pihak berkuasa dalam menyelesaikan
jenayah-jenayah yang melibatkan wanita sebagai pelaku. |
|---|