Kata darjah dan kata penguat dalam dialek Kelantan
Dialek Melayu Kelantan (DMK) merupakan salah satu dialek Melayu yang mempunyai struktur bahasa yang unik. Artikel ini akan membincangkan keunikan akal budi masyarakat Kelantan yang tergambar melalui penggunaan kata darjah yang berbeza daripada dialek-dialek lain dan bahasa baku. Kata darjah dalam...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14995/ http://journalarticle.ukm.my/14995/1/31251-100746-1-PB.pdf |
| Summary: | Dialek Melayu Kelantan (DMK) merupakan salah satu dialek Melayu yang mempunyai struktur bahasa yang unik.
Artikel ini akan membincangkan keunikan akal budi masyarakat Kelantan yang tergambar melalui penggunaan
kata darjah yang berbeza daripada dialek-dialek lain dan bahasa baku. Kata darjah dalam DMK sering disalah
tafsir dari segi penggolongan kata tersebut dan kedudukannya di dalam ayat. Kebanyakan pengkaji lepas cenderung
untuk menggolongkan kata darjah sebagai kata penguat atau reduplikasi. Masyarakat Kelantan mengungkapkan
bahasa mereka secara berbeza berbanding bahasa Melayu baku. Kata darjah dalam DMK mempunyai bentuknya
yang tersendiri dari segi struktur dan fungsi. Ini menunjukkan bahawa kata darjah tidak sama jika dibandingkan
dengan kata penguat. Kajian ini akan menghuraikan kedudukan kata darjah dan kata penguat dalam DMK
dengan memilih Kampung Pemanok, Machang sebagai kawasan kajian. Bagi mendapatkan data-data kajian,
kaedah kajian lapangan telah dijalankan dengan menemu bual informan di kawasan kajian tersebut mengikut
demografi penduduk. Data-data kajian yang diperoleh, dianalisis berdasarkan kerangka struktural. Hasil analisis
kajian menemukan sebelas jenis kata darjah dalam DMK. Sebelum ini, bentuk kata darjah seperti di dalam DMK
tidak dibincangkan dalam mana-mana buku tatabahasa Melayu. Hal ini bermakna dalam bahasa baku bentuk
penggunaan darjah adalah berbeza jika dibandingkan dengan penggunaannya di dalam DMK. Jika dilihat bentuk
kata darjah ini ada sedikit persamaannya dari segi fungsi dan makna dengan kata penguat, namun begitu tidak
dinafikan ada juga ciri yang membezakan antara kedua-dua golongan kata ini. Oleh itu, diharap dengan adanya
kajian ini, maka salah satu kelompongan dalam kajian lepas telah dapat diselesaikan. |
|---|