Kata-kata eksklusif dialek Kelantan dalam komunikasi kumpulan WhatsApp
Masyarakat Kelantan mempunyai dialek yang unik berbanding dialek negeri lain kerana penggunaan katakatanya yang jauh berbeza dengan bahasa Melayu standard. Keunikan dialek Kelantan ini menyerlahkan identiti dan memupuk perasaan kenegerian dalam kalangan masyarakat Kelantan. Makalah ini akan membi...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14989/ http://journalarticle.ukm.my/14989/1/31245-100753-1-PB.pdf |
| Summary: | Masyarakat Kelantan mempunyai dialek yang unik berbanding dialek negeri lain kerana penggunaan katakatanya
yang jauh berbeza dengan bahasa Melayu standard. Keunikan dialek Kelantan ini menyerlahkan
identiti dan memupuk perasaan kenegerian dalam kalangan masyarakat Kelantan. Makalah ini akan
membincangkan keunikan dialek Kelantan melalui penggunaan kata-kata eksklusif, iaitu kata-kata dialek
yang berbeza dengan dengan bahasa standard tetapi mempunyai makna yang sama. Kajian ini menggunakan
data daripada aplikasi WhatsApp. Dua grup WhatsApp, iaitu grup WhatsApp Sek Kito dan grup WhatsApp
Sahabat JIP dijadikan sebagai sumber data. Data diambil menggunakan teknik pemerhatian tidak ikut serta
bagi mengelak sebarang gangguan dalam komunikasi yang berlangsung. Bagi menghuraikan data tersebut
pengkaji memanfaatkan Teori Etnografi Hymes (1974). Dapatan kajian menunjukkan bahawa informan keduadua
grup WhatsApp kerap menggunakan dialek Kelantan dalam perbualan melalui WhatsApp. Walaupun
grup WhatsApp Sek kito yang ahlinya terdiri daripada golongan muda berumur 23 tahun penggunaan dialek
Kelantan juga sangat tinggi. Kata-kata eksklusif dialek Kelantan digunakan oleh kedua-dua grup bagi
melahirkan hasrat dalam komunikasi WhatsApp. Kata-kata eksklusif dialek Kelantan yang paling kerap
digunakan adalah kata-kata dialek Kelantan yang tidak terdapat dalam bahasa standard. Penggunaan kata
eksklusif ini menujukkan kelestarian dialek Kelantan dalam menghadapi cabaran dunia digital. |
|---|