Tuntutan undang-undang dan pendekatan Malaysia di dalam kes Pulau Ligitan, Pulau Sipadan dan Pedra Branca

Tujuan artikel ini adalah untuk memaparkan penggunaan instrumen perundangan antarabangsa oleh kerajaan Malaysia di dalam menjustifikasikan tuntutan maritimnya di samping menjelaskan keputusan yang diambil oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa/International Court of Justice (ICJ). Secara umumnya, neg...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Azlie Ismail, Geetha Govindasamy
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14978/
http://journalarticle.ukm.my/14978/1/24882-100766-1-PB.pdf
_version_ 1848813692703997952
author Azlie Ismail,
Geetha Govindasamy,
author_facet Azlie Ismail,
Geetha Govindasamy,
author_sort Azlie Ismail,
building UKM Institutional Repository
collection Online Access
description Tujuan artikel ini adalah untuk memaparkan penggunaan instrumen perundangan antarabangsa oleh kerajaan Malaysia di dalam menjustifikasikan tuntutan maritimnya di samping menjelaskan keputusan yang diambil oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa/International Court of Justice (ICJ). Secara umumnya, negaranegara Asia Tenggara enggan menyelesaikan konflik pertikaian wilayah menerusi penglibatan institusi keadilan antarabangsa. Namun, Malaysia mengambil keputusan untuk merujuk isu pertikaian wilayah dengan Indonesia dan Singapura berhubung dengan Pulau Ligitan dan Sipadan serta pemilikan Pedra Branca ke ICJ. Pada masa yang sama, konflik hak dan kedaulatan ke atas Pedra Branca ini juga melibatkan Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge) yang turut terletak di Selat Singapura. Justeru itu, kajian yang berbentuk kualitatif ini menyoroti semula kronologi status kedua-dua kes berkenaan berdasarkan kepada aspek sejarah, undang-undang antarabangsa dan perlaksanaan kawalan efektif. Kemudiannya, keputusan ICJ dikaji untuk memahami bagaimana status dan pemilikan sesebuah wilayah ditentukan. Dalam hal ini, ICJ memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Ligitan dan Sipadan adalah milik Malaysia manakala Pedra Branca diberikan kepada Singapura. Berdasarkan Malaysia sebagai pewaris kepada Kesultanan Johor, ICJ memberikan Middle Rocks kepada Kuala Lumpur. Pihak Mahkamah sedia maklum bahawa South Ledge terletak pada ketinggian air pasang rendah. Disebabkan tidak terdapat sebarang persetujuan sempadan maritim yang jelas, maka ICJ menyerahkan soal hak dan kedaulatan South Ledge kepada Malaysia dan Singapura. Hasil analisis mendapati prinsip kawalan efektif dan kegagalan menyuarakan sebarang bantahan terhadap pelbagai aktiviti menjadi faktor-faktor penentu dalam memutuskan status pemilikan wilayah. Melalui penerimaan keputusan mahkamah secara terbuka, Malaysia telah menunjukkan kesediaannya untuk mengimplementasikan keakurannya terhadap undang-undang antarabangsa dengan penuh kepercayaan, semata-mata bagi mengukuhkan hubungan baik sesama negara jirannya. Maka, kes Pulau Ligitan dan Sipadan serta Pedra Branca boleh menjadi rujukan kepada negara-negara lain yang mempunyai konflik yang sama. Dengan berbuat demikian, keamanan dan kestabilan rantau dapat dikekalkan.
first_indexed 2025-11-15T00:22:14Z
format Article
id oai:generic.eprints.org:14978
institution Universiti Kebangasaan Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T00:22:14Z
publishDate 2019
publisher Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling oai:generic.eprints.org:149782020-08-14T07:48:53Z http://journalarticle.ukm.my/14978/ Tuntutan undang-undang dan pendekatan Malaysia di dalam kes Pulau Ligitan, Pulau Sipadan dan Pedra Branca Azlie Ismail, Geetha Govindasamy, Tujuan artikel ini adalah untuk memaparkan penggunaan instrumen perundangan antarabangsa oleh kerajaan Malaysia di dalam menjustifikasikan tuntutan maritimnya di samping menjelaskan keputusan yang diambil oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa/International Court of Justice (ICJ). Secara umumnya, negaranegara Asia Tenggara enggan menyelesaikan konflik pertikaian wilayah menerusi penglibatan institusi keadilan antarabangsa. Namun, Malaysia mengambil keputusan untuk merujuk isu pertikaian wilayah dengan Indonesia dan Singapura berhubung dengan Pulau Ligitan dan Sipadan serta pemilikan Pedra Branca ke ICJ. Pada masa yang sama, konflik hak dan kedaulatan ke atas Pedra Branca ini juga melibatkan Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge) yang turut terletak di Selat Singapura. Justeru itu, kajian yang berbentuk kualitatif ini menyoroti semula kronologi status kedua-dua kes berkenaan berdasarkan kepada aspek sejarah, undang-undang antarabangsa dan perlaksanaan kawalan efektif. Kemudiannya, keputusan ICJ dikaji untuk memahami bagaimana status dan pemilikan sesebuah wilayah ditentukan. Dalam hal ini, ICJ memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Ligitan dan Sipadan adalah milik Malaysia manakala Pedra Branca diberikan kepada Singapura. Berdasarkan Malaysia sebagai pewaris kepada Kesultanan Johor, ICJ memberikan Middle Rocks kepada Kuala Lumpur. Pihak Mahkamah sedia maklum bahawa South Ledge terletak pada ketinggian air pasang rendah. Disebabkan tidak terdapat sebarang persetujuan sempadan maritim yang jelas, maka ICJ menyerahkan soal hak dan kedaulatan South Ledge kepada Malaysia dan Singapura. Hasil analisis mendapati prinsip kawalan efektif dan kegagalan menyuarakan sebarang bantahan terhadap pelbagai aktiviti menjadi faktor-faktor penentu dalam memutuskan status pemilikan wilayah. Melalui penerimaan keputusan mahkamah secara terbuka, Malaysia telah menunjukkan kesediaannya untuk mengimplementasikan keakurannya terhadap undang-undang antarabangsa dengan penuh kepercayaan, semata-mata bagi mengukuhkan hubungan baik sesama negara jirannya. Maka, kes Pulau Ligitan dan Sipadan serta Pedra Branca boleh menjadi rujukan kepada negara-negara lain yang mempunyai konflik yang sama. Dengan berbuat demikian, keamanan dan kestabilan rantau dapat dikekalkan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/14978/1/24882-100766-1-PB.pdf Azlie Ismail, and Geetha Govindasamy, (2019) Tuntutan undang-undang dan pendekatan Malaysia di dalam kes Pulau Ligitan, Pulau Sipadan dan Pedra Branca. AKADEMIKA, 89 (1). pp. 83-95. ISSN 0126-5008 http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1092
spellingShingle Azlie Ismail,
Geetha Govindasamy,
Tuntutan undang-undang dan pendekatan Malaysia di dalam kes Pulau Ligitan, Pulau Sipadan dan Pedra Branca
title Tuntutan undang-undang dan pendekatan Malaysia di dalam kes Pulau Ligitan, Pulau Sipadan dan Pedra Branca
title_full Tuntutan undang-undang dan pendekatan Malaysia di dalam kes Pulau Ligitan, Pulau Sipadan dan Pedra Branca
title_fullStr Tuntutan undang-undang dan pendekatan Malaysia di dalam kes Pulau Ligitan, Pulau Sipadan dan Pedra Branca
title_full_unstemmed Tuntutan undang-undang dan pendekatan Malaysia di dalam kes Pulau Ligitan, Pulau Sipadan dan Pedra Branca
title_short Tuntutan undang-undang dan pendekatan Malaysia di dalam kes Pulau Ligitan, Pulau Sipadan dan Pedra Branca
title_sort tuntutan undang-undang dan pendekatan malaysia di dalam kes pulau ligitan, pulau sipadan dan pedra branca
url http://journalarticle.ukm.my/14978/
http://journalarticle.ukm.my/14978/
http://journalarticle.ukm.my/14978/1/24882-100766-1-PB.pdf