Pelestarian permainan muzik kertuk dalam kalangan penduduk di negeri Kelantan

Muzik merupakan salah satu hiburan yang lahir daripada kearifan tempatan masyarakat setempat. Negeri Kelantan mempunyai beberapa permainan alat muzik yang sinonim dengan masyarakat Pantai Timur Semenanjung. Satu daripadanya ialah kertuk. Kajian ini dijalankan bagi membincangkan pelestarian muzik ker...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Hazirah, Ros Mahwati Ahmad Zakaria
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14879/
http://journalarticle.ukm.my/14879/1/jatma-2020-0802-02.pdf
Description
Summary:Muzik merupakan salah satu hiburan yang lahir daripada kearifan tempatan masyarakat setempat. Negeri Kelantan mempunyai beberapa permainan alat muzik yang sinonim dengan masyarakat Pantai Timur Semenanjung. Satu daripadanya ialah kertuk. Kajian ini dijalankan bagi membincangkan pelestarian muzik kertuk dalam kalangan penduduk di negeri Kelantan. Muzik kertuk merupakan satu warisan seni budaya tempatan yang jarang diketahui oleh generasi muda terutamanya di Kelantan. Justeru itu, bagi melihat pelestarian instrumen ini di Kelantan baik daripada segi pembuatan mahupun budaya permainan kertuk dalam kalangan masyarakat Kelantan, kajian ini telah dijalankan menggunakan kaedah gabungan yang melihat kepada kajian kepustakaan, temu bual dan survei umum menggunakan media sosial. Dapatan kajian menunjukkan bahawa muzik kertuk masih diketahui oleh masyarakat di Kelantan tetapi ramai yang tidak pernah melihatnya dalam hidup mereka. Maklumat muzik kertuk yang mereka ketahui adalah daripada sumber buku atau daripada generasi terdahulu dan hanya segelintir sahaja yang pernah mendengar secara langsung. Dapatan kajian ini menguatkan langkah pelestarian yang diperlukan untuk melestarikan warisan muzik kertuk Kelantan dan golongan masyarakat perlulah lebih cakna dan prihatin dalam menyokong usaha penggiat-penggiat seni yang ada di negeri berkenaan.