Analisis kecekapan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor tenaga boleh diperbaharui di Malaysia

Aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor tenaga boleh diperbaharui merupakan salah satu elemen penting dalam Dasar dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Diperbaharui (NREPAP). Walau bagaimanapun, aktiviti R&D tenaga boleh diperbaharui tidak dikategorikan sebagai salah satu kelompo...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Fairuz Suzana Mohd Chachuli, Sohif Mat, Norasikin Ahmad Ludin, Azami Zaharim
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14850/
http://journalarticle.ukm.my/14850/1/15.pdf
Description
Summary:Aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor tenaga boleh diperbaharui merupakan salah satu elemen penting dalam Dasar dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Diperbaharui (NREPAP). Walau bagaimanapun, aktiviti R&D tenaga boleh diperbaharui tidak dikategorikan sebagai salah satu kelompok utama dalam program R&D negara dan ia perlu bersaing dengan bidang lain untuk mendapatkan dana penyelidikan. Walaupun dana R&D tenaga boleh diperbaharui yang diterima agak rendah, hasil daripada aktiviti R&D tenaga boleh diperbaharui di Malaysia dilihat sangat menggalakkan terutamanya dari segi penerbitan, penghasilan paten dan juga pembangunan modal insan. Ini bermakna aktiviti R&D yang dijalankan memberi sumbangan secara tidak langsung kepada pembangunan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai prestasi aktiviti R&D di Malaysia berasaskan lima sumber tenaga boleh diperbaharui, iaitu suria, angin, biojisim, biogas dan hidro mini menggunakan pendekatan analisis penyampulan data (DEA) dari tahun 2012 hingga 2017. Kajian ini menggunakan model Charnes, Cooper, Rhodes (CCR)–DEA berorientasikan output dengan nisbah satu output dan empat input. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa biojisim merupakan sumber tenaga boleh diperbaharui yang paling cekap manakala angin merupakan sumber tenaga boleh diperbaharui yang paling tidak cekap dari perspektif aktiviti R&D di Malaysia. Prestasi keseluruhan kecekapan aktiviti R&D tenaga boleh diperbaharui di Malaysia berada pada tahap baik iaitu mencapai 69.2% dalam tempoh 2012-2017. Hasil kajian ini selari dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk membangunkan sumber tenaga biojisim selaras dengan inisiatif Strategi Biojisim Kebangsaan 2020. Hasil kajian ini boleh dijadikan sebagai asas untuk mewujudkan dasar atau strategi khusus untuk memperkukuhkan lagi aktiviti R&D bagi menyokong pembangunan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.