Pelaksanaan amalan talaqqi dan mushafahah dalam kalangan pensyarah Tahfiz al-Quran di Malaysia
Tahfiz al-Quran adalah satu mata pelajaran tradisi yang menjadi kebanggaan umat Islam sepanjang zaman. Kelebihan mempelajari bidang ini telah disebut dalam kebanyakan kitab muktabar karangan ulama silam. Di Malaysia, ia menjadi mata pelajaran teras dan wajib diikuti oleh semua pelajar dalam progra...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14788/ http://journalarticle.ukm.my/14788/1/33552-104572-1-SM.pdf |
| Summary: | Tahfiz al-Quran adalah satu mata pelajaran tradisi yang menjadi kebanggaan umat Islam sepanjang zaman. Kelebihan
mempelajari bidang ini telah disebut dalam kebanyakan kitab muktabar karangan ulama silam. Di Malaysia, ia menjadi
mata pelajaran teras dan wajib diikuti oleh semua pelajar dalam program tahfiz al-Quran termasuklah Diploma Tahfiz
al-Quran wa al-Qiraat di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Tonggak penting dalam pengajaran bidang
ini adalah pensyarah atau tenaga pengajar yang melaksanakan pengajaran. Artikel ini adalah hasil analisa dapatan
kajian berkaitan pelaksanaan amalan talaqqi dan mushafahah dalam pengajaran tahfiz al-Quran di Malaysia. Tulisan
ini adalah hasil kajian kualitatif ini terhadap pelaksanaan amalan talaqqi dan mushafahah yang dilakukan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran. Seramai enam orang pensyarah Tahfiz al-Quran dari empat buah
Maahad Tahfiz di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dipilih sebagai peserta di dalam kajian ini. Data kajian
ini telah diperoleh melalui temu bual, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan
semua peserta kajian menyatakan bahawa mereka mengamalkan kaedah talaqqi dan mushafahah. Namun berdasarkan
pemerhatian didapati kaedah tersebut tidak diamalkan sepenuhnya kerana mereka lebih mengutamakan kaedah tasmi’.
Secara keseluruhannya dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan panduan untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran
dan pembelajaran tahfiz al-Quran melalui kaedah talaqqi dan mushafahah kerana kaedah ini telah dipelopori sejak
penerimaan wahyu pertama ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril AS. |
|---|