Idea sejarah Tanbih dalam historiografi Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin karya Syeikh Ahmad al-Fatani

Artikel ini menganalisis idea sejarah tanbih dalam kerangka historiografi Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin karya Syeikh Ahmad al-Fatani. Syeikh Ahmad adalah seorang sarjana serba boleh dari rantau Nusantara yang menjalani proses pengajian di Timur Tengah. Beliau menghasilkan sebuah adikarya bertajuk H...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Faathin Mohd. Fadzil, Azmul Fahimi Kamaruzaman
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14783/
http://journalarticle.ukm.my/14783/1/33544-104557-1-SM.pdf
Description
Summary:Artikel ini menganalisis idea sejarah tanbih dalam kerangka historiografi Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin karya Syeikh Ahmad al-Fatani. Syeikh Ahmad adalah seorang sarjana serba boleh dari rantau Nusantara yang menjalani proses pengajian di Timur Tengah. Beliau menghasilkan sebuah adikarya bertajuk Hadiqat al-Azhar yang turut mengandungi falsafah sejarah tentang tanbih atau peringatan. Fokus penulisan ini adalah untuk mencerakinkan falsafah sejarah Syeikh Ahmad dan pengaplikasiannya dalam Hadiqat al-Azhar. Penulisan ini mengaplikasi pendekatan kualitatif menerusi analisis kandungan dan kajian historiografi terhadap Hadiqat al-Azhar sebagai teks kajian. Hasil kajian mendapati idea sejarah tanbih Syeikh Ahmad adalah adaptasi daripada konsep cibrah dalam historiografi Islam. Tujuan dan aplikasi idea sejarah tanbih juga bertujuan untuk mendidik masyarakat Melayu melalui naratif sejarah yang dianggap dekat dengan mereka, bertujuan menyegarkan dan mengingatkan semula mereka terhadap perkara yang sudahpun diketahui. Penggunaan konsep ini juga terangkum melalui penulisan sembilan tema sejarah dalam kitab Hadiqat al-Azhar.