Penghasilan selulosa bakteria yang ekonomik daripada air kelapa tua
Selulosa bakteria (SB) adalah biopolimer unik yang dihasilkan secara semula jadi oleh bakteria dan telah digunakan dalam pelbagai jenis industri. Berbanding selulosa tumbuhan, SB mempunyai struktur yang lebih tulen. Penghasilan SB pada skala yang besar khususnya bagi tujuan perindustrian memerluka...
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14670/ http://journalarticle.ukm.my/14670/1/48_02_12.pdf |
| Summary: | Selulosa bakteria (SB) adalah biopolimer unik yang dihasilkan secara semula jadi oleh bakteria dan telah digunakan dalam
pelbagai jenis industri. Berbanding selulosa tumbuhan, SB mempunyai struktur yang lebih tulen. Penghasilan SB pada skala
yang besar khususnya bagi tujuan perindustrian memerlukan penelitian bagi setiap proses dan kos operasi. Penggunaan air
kelapa tua yang merupakan sisa buangan domestik sebagai media fermentasi di dalam penghasilan selulosa bakteria merupakan
salah satu alternatif dalam mengatasi masalah pencemaran disebabkan oleh pembuangan larutan ini malah ia mampu
mengurangkan kos fermentasi. Keadaan optimum proses fermentasi ditentukan melalui kaedah sambutan permukaan (RSM)
dengan memanipulasi suhu, bacaan pH dan tempoh fermentasi. Sebanyak tiga perbandingan dengan kajian terdahulu telah
dilakukan melalui simulasi loji pemprosesan SB menggunakan perisian SuperoPro Designer. Keputusan menunjukkan reka
bentuk daripada kajian ini memerlukan kos operasi yang paling murah berbanding alternatif lain iaitu sebanyak RM261/
kelompok dan ini menjadikannya reka bentuk loji pemprosesan yang ekonomik dan berpotensi untuk diaplikasi. |
|---|