Kajian morfometrik ke atas harvestmen (Arachnida: Opiliones) dari Lata Jarum, Pahang, Semenanjung Malaysia
Kajian taksonomi berasaskan morfometrik merupakan satu teknik yang sering digunakan untuk pemisahan spesies. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbezaan antara spesies harvestmen berasaskan analisis morfometrik. Sampel harvestmen yang telah dikumpul dari Lata Jarum, Pahang dalam simpanan Pusat Sis...
| Main Authors: | , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Pusat Sistematik Serangga, Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/14641/ http://journalarticle.ukm.my/14641/1/30322-104157-1-PB.pdf |
| Summary: | Kajian taksonomi berasaskan morfometrik merupakan satu teknik yang sering digunakan untuk pemisahan spesies. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbezaan antara spesies harvestmen berasaskan analisis morfometrik. Sampel harvestmen yang telah dikumpul dari Lata Jarum, Pahang dalam simpanan Pusat Sistematik Serangga UKM (PSSUKM) telah digunakan. Sebanyak 21 parameter morfometrik diukur dengan menggunakan Mikroskop Digital DinoLite dalam unit milimeter (mm). Hasil daripada analisis univariat tidak berkesan untuk memisahkan antara spesies. Analisis kanonikal diskriminan (CDA) menggunakan Nisbah Satu dapat membezakan kelima-lima spesies kepada empat kelompok iaitu Zaleptus quadrimaculata dengan Dentobunus luteus, Marthanella ferruginea, Marthana sp.1 dan Marthana sp.2 tetapi analisis Komponen Prinsipal (PCA) menggunakan data Nisbah Dua hanya dapat membezakan spesies kepada dua kelompok iaitu Zaleptus quadrimaculata, Dentobunus luteus, Marthana sp.1 dan Marthana sp.2 dan kelompok kedua hanya Marthanella ferruginea. Ciri penting yang dikesan oleh CDA dalam pemisahan spesies ialah EyeW/MaxLDS, DBEye/MaxLDS, FemurL/MaxLDS dan TibiaL/MaxLDS manakala ciri penting yang dikesan PCA ialah EyeW/MaxPro, DBEye/MaxWPro and MaxLOpi/MaxWOpi. Oleh itu, kajian morfometrik boleh digunakn dalam pengenalpastian spesies harvestmen dan dapat memberikan maklumat awal untuk mengelakkan kesilapan pengecaman spesies di masa akan datang. |
|---|