Strategi pembelajaran kemahiran mendengar dan menulis dalam kalangan pelajar etnik Cina dan India ketika belajar Bahasa Melayu

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti strategi pembelajaran bahasa Melayu yang kerap digunakan oleh pelajar etnik Cina dan India berdasarkan kemahiran mendengar dan menulis. Seramai 234 orang pelajar etnik Cina dan India tingkatan 4 dari 10 buah sekolah menengah di Daerah Hulu Langat...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Rozana Jaafar
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14574/
http://journalarticle.ukm.my/14574/1/220-427-1-SM.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti strategi pembelajaran bahasa Melayu yang kerap digunakan oleh pelajar etnik Cina dan India berdasarkan kemahiran mendengar dan menulis. Seramai 234 orang pelajar etnik Cina dan India tingkatan 4 dari 10 buah sekolah menengah di Daerah Hulu Langat, Selangor dipilih sebagai sampel kajian. Pemilihan sampel adalah secara persampelan rawak berstrata.Soal selidik digunakan sebagai alat kajian. Soal selidik tersebut menggunakan skala Likert 5 mata dan terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian A terdiri daripada maklumat demografi responden dan Bahagian B melibatkan strategi pembelajaran kemahiran mendengar dan menulis. Data soal selidik ini dianalisis menggunakan perisian Statistic Package for the Social Science versi 22.0 untuk mendapatkan data deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar etnik Cina dan India ini menggunakan pelbagai strategi pembelajaran bahasa Melayu berdasarkan kemahiran mendengar dan menulis berada pada tahap tinggi. Hal ini membuktikan bahawa pelajar etnik Cina dan India menggunakan pelbagai strategi pembelajaran kemahiran mendengar dan kemahiran menulis ketika belajar Bahasa Melayu. Oleh itu, guru Bahasa Melayu perlu menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai strategi pembelajaran kemahiran mendengar dan menulis supaya dapat membantu mereka untuk menguasai kemahiran bahasa dengan lebih baik dan seterusnya memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan.