Pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah guru dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah bahasa Melayu di sekolah rendah

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan sikap guru-guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah (PBD) bagi subjek Bahasa Melayu. PBD merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik, iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan roh...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Sh. Siti Hauzimah Wan Omar
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2019
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/14524/
http://journalarticle.ukm.my/14524/1/195-374-1-SM.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan sikap guru-guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pentaksiran bilik darjah (PBD) bagi subjek Bahasa Melayu. PBD merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik, iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Seramai 95 orang guru Bahasa Melayu di sekolahsekolah pedalaman di daerah Betong, Sarawak dijadikan responden kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS) versi 22. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu telah bersedia untuk melaksanakan PBD di mana skor min setiap elemen adalah tinggi, iaitu pengetahuan guru (min=4.075), kemahiran guru (min=4.037) dan sikap guru (min=4.078). Implikasi kajian ini ialah guruguru Bahasa Melayu telah bersedia untuk melaksanakan PBD walaupun pelaksanaan PBD merupakan satu yang baharu diperkenalkan oleh KPM.