Potensi hakisan tanih di Lembangan Sungai Bilut, Raub, Pahang menggunakan integrasi RUSLE dan GIS

Aktiviti guna tanah di kawasan lembangan adalah salah satu faktor yang mendorong kepada kemerosotan kualiti air sungai akibat daripada hakisan tanih. Potensi hakisan tanih di kawasan lembangan Sungai Bilut, Raub, Pahang yang menjadi sumber bekalan air minuman utama di daerah Raub boleh ditentukan de...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Tukimat Lihan, Nur Fatin Khodri, Muzneena Ahmad Mustapha, Zulfahmi Ali Rahman, Wan Mohd Razi Idris
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12494/
http://journalarticle.ukm.my/12494/1/01%20Tukimat%20Lihan.pdf
_version_ 1848813017788055552
author Tukimat Lihan,
Nur Fatin Khodri,
Muzneena Ahmad Mustapha,
Zulfahmi Ali Rahman,
Wan Mohd Razi Idris,
author_facet Tukimat Lihan,
Nur Fatin Khodri,
Muzneena Ahmad Mustapha,
Zulfahmi Ali Rahman,
Wan Mohd Razi Idris,
author_sort Tukimat Lihan,
building UKM Institutional Repository
collection Online Access
description Aktiviti guna tanah di kawasan lembangan adalah salah satu faktor yang mendorong kepada kemerosotan kualiti air sungai akibat daripada hakisan tanih. Potensi hakisan tanih di kawasan lembangan Sungai Bilut, Raub, Pahang yang menjadi sumber bekalan air minuman utama di daerah Raub boleh ditentukan dengan menggunakan integrasi model Semakan Semula Persamaan Kehilangan Tanih Universal (RUSLE) dan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Kajian ini bertujuan untuk menentukan potensi hakisan tanih dan faktor utama yang mempengaruhi kadar hakisan tanih. Kajian ini melibatkan penggunaan data sekunder yang terdiri daripada data hujan, data siri tanih dan topografi bagi menghasilkan faktor kehakisan hujan (R), kebolehhakisan tanih (K), serta panjang dan kecuraman cerun (LS). Faktor litupan tumbuhan (C) dan amalan pemuliharaan (P) pula dijana daripada imej satelit Landsat 8 (2014). Keputusan kajian menunjukkan nilai faktor R di kawasan kajian ialah 8927.68-9775.18 MJ mm ha-1 jam-1 tahun-1, nilai K ialah 0.036-0.500 tan jam-1 MJ-1 mm-1, nilai LS ialah 0-514, nilai C ialah 0.03-0.80 dan nilai P ialah 0.1-0.7. Kawasan yang mempunyai potensi hakisan sangat rendah hingga rendah meliputi 81%, manakala potensi hakisan tanih sederhana hingga sangat tinggi meliputi 19% daripada keseluruhan kawasan kajian. Model yang dihasilkan mempunyai ketepatan sebanyak 81%. Faktor utama yang mempengaruhi berlakunya hakisan tanih di kawasan kajian adalah faktor topografi, litupan tumbuhan dan kebolehhakisan tanih. Keputusan menunjukkan analisis integrasi RUSLE dan GIS berpotensi dalam penentuan potensi hakisan tanih untuk kawasan luas yang mempunyai pelbagai jenis guna tanah, topografi dan jenis tanih.
first_indexed 2025-11-15T00:11:30Z
format Article
id oai:generic.eprints.org:12494
institution Universiti Kebangasaan Malaysia
institution_category Local University
language English
last_indexed 2025-11-15T00:11:30Z
publishDate 2018
publisher Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
recordtype eprints
repository_type Digital Repository
spelling oai:generic.eprints.org:124942019-01-28T08:49:52Z http://journalarticle.ukm.my/12494/ Potensi hakisan tanih di Lembangan Sungai Bilut, Raub, Pahang menggunakan integrasi RUSLE dan GIS Tukimat Lihan, Nur Fatin Khodri, Muzneena Ahmad Mustapha, Zulfahmi Ali Rahman, Wan Mohd Razi Idris, Aktiviti guna tanah di kawasan lembangan adalah salah satu faktor yang mendorong kepada kemerosotan kualiti air sungai akibat daripada hakisan tanih. Potensi hakisan tanih di kawasan lembangan Sungai Bilut, Raub, Pahang yang menjadi sumber bekalan air minuman utama di daerah Raub boleh ditentukan dengan menggunakan integrasi model Semakan Semula Persamaan Kehilangan Tanih Universal (RUSLE) dan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Kajian ini bertujuan untuk menentukan potensi hakisan tanih dan faktor utama yang mempengaruhi kadar hakisan tanih. Kajian ini melibatkan penggunaan data sekunder yang terdiri daripada data hujan, data siri tanih dan topografi bagi menghasilkan faktor kehakisan hujan (R), kebolehhakisan tanih (K), serta panjang dan kecuraman cerun (LS). Faktor litupan tumbuhan (C) dan amalan pemuliharaan (P) pula dijana daripada imej satelit Landsat 8 (2014). Keputusan kajian menunjukkan nilai faktor R di kawasan kajian ialah 8927.68-9775.18 MJ mm ha-1 jam-1 tahun-1, nilai K ialah 0.036-0.500 tan jam-1 MJ-1 mm-1, nilai LS ialah 0-514, nilai C ialah 0.03-0.80 dan nilai P ialah 0.1-0.7. Kawasan yang mempunyai potensi hakisan sangat rendah hingga rendah meliputi 81%, manakala potensi hakisan tanih sederhana hingga sangat tinggi meliputi 19% daripada keseluruhan kawasan kajian. Model yang dihasilkan mempunyai ketepatan sebanyak 81%. Faktor utama yang mempengaruhi berlakunya hakisan tanih di kawasan kajian adalah faktor topografi, litupan tumbuhan dan kebolehhakisan tanih. Keputusan menunjukkan analisis integrasi RUSLE dan GIS berpotensi dalam penentuan potensi hakisan tanih untuk kawasan luas yang mempunyai pelbagai jenis guna tanah, topografi dan jenis tanih. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018-10 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/12494/1/01%20Tukimat%20Lihan.pdf Tukimat Lihan, and Nur Fatin Khodri, and Muzneena Ahmad Mustapha, and Zulfahmi Ali Rahman, and Wan Mohd Razi Idris, (2018) Potensi hakisan tanih di Lembangan Sungai Bilut, Raub, Pahang menggunakan integrasi RUSLE dan GIS. Sains Malaysiana, 47 (10). pp. 2241-2249. ISSN 0126-6039 http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num10_2018/contentsVol47num10_2018.htm
spellingShingle Tukimat Lihan,
Nur Fatin Khodri,
Muzneena Ahmad Mustapha,
Zulfahmi Ali Rahman,
Wan Mohd Razi Idris,
Potensi hakisan tanih di Lembangan Sungai Bilut, Raub, Pahang menggunakan integrasi RUSLE dan GIS
title Potensi hakisan tanih di Lembangan Sungai Bilut, Raub, Pahang menggunakan integrasi RUSLE dan GIS
title_full Potensi hakisan tanih di Lembangan Sungai Bilut, Raub, Pahang menggunakan integrasi RUSLE dan GIS
title_fullStr Potensi hakisan tanih di Lembangan Sungai Bilut, Raub, Pahang menggunakan integrasi RUSLE dan GIS
title_full_unstemmed Potensi hakisan tanih di Lembangan Sungai Bilut, Raub, Pahang menggunakan integrasi RUSLE dan GIS
title_short Potensi hakisan tanih di Lembangan Sungai Bilut, Raub, Pahang menggunakan integrasi RUSLE dan GIS
title_sort potensi hakisan tanih di lembangan sungai bilut, raub, pahang menggunakan integrasi rusle dan gis
url http://journalarticle.ukm.my/12494/
http://journalarticle.ukm.my/12494/
http://journalarticle.ukm.my/12494/1/01%20Tukimat%20Lihan.pdf